Gempar!!! Abu Syafiq dedah ahli keluarga menteri terlibat gubah wang haram di Tanah Suci Mekah
Abu Syafiq, individu yang menggemparkan negara baru-baru ini selepas mengaku berjaya lolos ke Mekah menunaikan umrah tanpa divaksin, sekali lagi mencetuskan gempar dengan pendedahan yang mengejutkan.
Menurutnya, dia akan mendedahkan kegiatan menyalahi undang-undang di kalangan ahli keluarga anggota kabinet kerajaan yang terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram di Tanah Suci Mekah.
Pendedahan itu dibuatnya melalui laman sosial media Instagramnya. Dalam hantarannya, Abu Syafiq turut mendakwa akan melakukan satu laporan polis di Arab Saudi selepas pendedahan tersebut dilakukannya.
Menurut sumber maklumat yang diperolehi, ahli keluarga tersebut dipercayai mereka yang arif dengan selok belok di negara dua kota suci umat Islam itu.
Malah, tidak mengejutkan sekiranya mereka yang didedahkan itu terdiri daripada kalangan menteri dari parti Pas.
Abu Syafiq yang baru-baru ini terul ditohmah netizen selepas pendedahannya tidak mengambil vaksin Meningococcal Meningitis (MM) untuk masuk ke Saudi bagi mengerjakan umrah.
Namun dia mendakwa, selain dirinya, menteri Air, Tuan Ibrahim Tuan Man dan mantan PM ke-8, Muhyiddin Yassin juga tidak mengambil vaksin tersebut.