Gempar!!! Dakwa difitnah, Hilman Idham arah media perdana gelapkan laporan kaitkannya dengan video papah gadis seksi di hotel

Gempar!!! Dakwa difitnah, Hilman Idham arah media perdana gelapkan laporan kaitkannya dengan video papah gadis seksi di hotel

 

 

 

Tular disosial media hari ini satu surat yang ditulis oleh setiausaha politik Azmin Ali, YB Hilman Idham yang juga merupakan Adun Gombak Setia ditujukan kepada pm TS Muhyiddin Yassin.

Butiran surat tersebut menjurus kepada isu yang sedang hangat diperkatakan oleh warga maya mengenai kemunculan video cctv yang memaparkan aksi seorang lelaki sedang memapah seorang perempuan seksi ke bilik hotel.

Menurut pengunjung yang melayari video tersebut, rata-rata mengaitkan wajah lelaki yang sedang memapah gadis seksi tersebut mirip kepada wajahnya. Turut dikaitkan bersamanya dalam video tersebut ialah seorang lelaki lain didakwa ajk Armada Putrajaya.

Bagi mengelakkan isu tersebut dimainkan oleh pembangkang dan musuh politik Bersatu, Hilman dipercayai telahpun mengarahkan media pro kerajaan agar menggelapkan berita ini seberapa segera bagi mengelakkan nama baik bosnya, Azmin dan Muhyiddin terjejas.

Namun timbul pula persoalan dari netizen, sekiranya benar dia difitnah kenapa dia begitu kalut cuba memadamkan bahan bukti yang mengaitkannya itu? Bukankah dia wajar membuat kaedah yang lebih bijak dengan membuat laporan polis dan memohon perintah sekatan mahkamah menuntut SKMM menurunkan videonya dari terus dipamerkan dilaman-laman sosial?

Untuk rekod, sebelum ini bos Hilman, Azmin Ali juga pernah dikaitkan dengan kejadian serupa di Sandakan melibatkan seorang lelaki bernama Haziq namun siasatannya tidak diteruskan dengan alasan video pelakunya kabur.