Gempar!!! JAIS diserang gara-gara enggan naikkan had kuota jemaah solat Jumaat

Gempar!!! JAIS diserang gara-gara enggan naikkan had kuota jemaah solat Jumaat

Lagi, lagi JAIS! JAIS!

Hari panas terik. Ramai dah beratur sebelum jam 12 tengah hari lagi. Mereka dari yang pakai uniform kilang sampai kepada pesara berjubah.

Satu demi satu kedatangan diambil. Penjaga pagar siap tanda kehadiran pada satu borang sambil melihat status MySejahtera sebelum dibenarkan masuk. Kita yang tengok pun letih.

Mulanya pergerakan lancar tapi tak sampai 10 minit, ‘trafik’ makin perlahan.

Hati dah terdetik rasa tak sedap hati. Orang depan pula dah terdengar mengeluh sambil berpaling kepada saya semacam bertanya, “boleh masuk ke lagi ni…”

Masa saya tangkap gambar inilah jam 12.34 tengah hari, pergerakan jemaah untuk melepasi pagar surau Jumaat dah mula perlahan.

Ada cakap-cakap antara penjaga dengan jemaah, sebelum dibenarkan masuk. Ada semacam proses rundingan. Ada jemaah tunjuk ke arah tertentu, mungkin nak beritahu rumahnya tidak jauh dari surau Jumaat.

“Maaf kuota dah penuh,” kata anak muda yang jaga pagar surau Jumaat sebelum panggil orang surau di dalam yang mungkin AJK tinggi surau.

“Kuota untuk surau Jumaat 50 orang saja”

“20 daripadanya untuk kariah (Taman) Dahlia dan Teratai,” kata penjaga pagar.

“Saya ni dari Kasturi je. Dah beratur awal, benarkanlah kami masuk,” kata seorang jemaah berkain pelekat dengan sedikit meninggi suara sambil menggeleng kepala.

Saya yang dari Seroja pula kemudian cuba merendah suara untuk memujuk.

“Begini tuan. Apa kata pihak surau benarkan kami yang dah beratur awal ni masuk dulu. Siapa datang awal, dahulukanlah,” rayu saya.

“A’ah. Bukan semua taman ada surau Jumaat pun,” celah seorang jemaah di belakang saya.

Penjaga pintu pagar pun jawab, “Tak boleh. Nanti diorang komplen. Ini pun nak ikutkan dah lebih enam orang dah.”

“Eh, kenapa boleh lebih pula? Kenapa kami tak boleh masuk?” soal jemaah lagi.

Kemudian ada yang beri pendapat mengharapkan AJK surau di sebelah penjaga pintu pagar tu buka mulut.

“Kan surau kita ni luas, tuan. Boleh saja benarkan lebih 100 jemaah pun, asalkan jaga jarak, bawak sejadah sendiri, cukup dua suntikan vaksin.”

Barulah AJK surau buka mulut dan hujah itulah mungkin ‘peluru’ baginya. Itulah yang diulang-ulang seperti yang saya dah jangka!

“Oh, SOP ini JAIS yang tetapkan. Kami ikut saja”

Seorang jemaah menyoal, “Kalau JAIS tetapkan pun, bukan dia tau jemaah surau ni lebih 50 orang. Apa kalut sangat terikat dengan kuota tak masuk akal tu?”

AJK surau pun jawab lagi, “JAIS dah tetapkan begini. Kami tak boleh buat apa dah?”

Eh, rasa macam cakap dengan mesin automatik dah. Rasa macam arahan JAIS itu begitu sakral tak boleh ditimbang tara dan ada budi bicara lagi.

Dia dengan jubah putih dan spek hitamnya itu boleh saja cakap elok-elok. Buatlah pengumuman mohon maaf sebab yang menghadap dia ketika itu dengan enggan berganjak lagi ada lebih 20 orang termasuk yang bermotor baru sampai dan tercengang-cengang tak tahu apa kes.

Tapi AJK surau itu pun berlalu masuk, tinggalkan si penjaga pintu pagar surau.

Seorang warga emas di sebelah saya geleng kepala melihat cara layanan orang surau Jumaat itu sambil menyebut, “Allahu Akbar” beberapa kali.

Mendengarkan keluhan warga emas dengan sejadah di atas kopiahnya itu, anak muda yang jaga pagar tadi dengan nada suara polos pun buka mulut:

“Minggu depan, cuba lagi datang awal”

“Eh, awak tak nampak ke tadi? Saya dah beratur sini jam 12 tau. Apa? Nak kena jam 10, 11 kena beratur ke?”

Saya perhati tadi pakcik tu mulai mengurut dada. Tahan marah mungkin.

Ya lah. Siapa tak bengang, kan?

“Kami tak boleh buat apa. Ini JAIS yang tetapkan” kata si penjaga pagar mengulang skrip AJK surau tadi.

“Bila JAIS nak benarkan kita ni solat Jumaat macam biasa?” soal seorang lagi jemaah sebelum menapak menuju ke keretanya yang di letak bawah pokok.

“Itu kami tak tahu. Kena tuan-tuan yang suarakan” jawab si penjaga surau Jumaat itu lagi.

“Eh, orang surau Jumaat, pentadbiran masjid mukim dan daerah tak boleh nak suarakan ke?” celah seorang lagi jemaah.

“Ala… Kalau jarak 1 meter pun, cukup vaksin semua, beratus orang boleh masuklah. Apa punya SOP entah!” tempelak seorang lagi jemaah sebelum pergi dengan menghidupkan motornya.

“JAIS yang tetapkan SOPnya begini” kata si penjaga surau yang masih di pintu pagar mungkin sedang tunggu kuota 20 penduduk Dahlia dan Teratai yang belum cukup kot.

“Lagi, lagi JAIS! JAIS! JAIS!” bentak seorang jemaah.

“Nak kena bakor (bakar) juga JAIS ni!” jawab seorang jemaah lagi dengan nada seloroh serentak disahut ketawa pahit beberapa jemaah yang tinggal termasuk saya sebelum akhirnya balik dengan rasa hampa.

Ya. Bukan salah si penjaga pintu surau. Bukan salah total pentadbiran surau Jumaat dan masjid pun yang siap suruh jemaah daftar dulu kehadiran melalui satu aplikasi. Mereka hanya pelaksana peraturan.

Inilah masalah terbesar umat Islam apabila pihak birokrat agama amat lembab, tak reti nak buat keputusan berasaskan data saintifik dan angka bersandarkan hujah rasional.

Ironi sungguh. Orang dah berduyun boleh rentas negeri pergi Langkawi.

Air terjun, taman awam, pantai penuh pengunjung tak jaga jarak pun.

Tiba tang masjid dan surau Jumaat, kemain terikat dan dijajah sekian, sekian angka. Tak boleh ke kapasiti jemaah solat Jumaat tu ikut keluasan masjid dan surau Jumaat? Dan juga ikut siapa datang awal, dia dapat masuk?

Apa ke lembab sangat JAIS ni?

Sumber – FB