Gempar!!! Mengapa Hamzah cuba halang pertukaran pegawai polis???
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam masa terdekat untuk meneruskan semula pelaksanaan pertukaran pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.
“Tidak ada apa-apa yang luar biasa.. tetapi di saat akhir, saya bercuti sebenarnya.
“Saat akhir dapat arahan (pertukaran) hendak ditangguhkan. Saya akan berjumpa dengan beliau (menteri) dan saya akan berikan penjelasan mengapa ia perlu diteruskan,” katanya.
Abdul Hamid berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di padang Surau an-Nur di Kelang hari ini.
Semalam, satu hantaran Facebook menjadi tular apabila ia mengaitkan penglibatan Menteri Dalam Negeri dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penangguhan itu.
“Saya akan berjumpa dengan Menteri untuk menjelaskan kedudukan saya, tindakan saya keluarkan perintah pertukaran….(pertukaran pegawai kanan polis) dilaksanakan saya sebagai ketua polis negara, dalam undang-undang itu mengatakan bahawa the command and control, kawal selia PDRM adalah tanggungjawab saya,” katanya. – MK