Gempar!!! Terkahwin abang sendiri angkara pernikahan rahsia ayah di Siam
Kes seorang wanita yang dilaporkan berkahwin dengan abangnya telah selesai selepas ikatan pernikahan itu difaraq atau dipisahkan oleh pihak mahkamah.
Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, perkahwinan tersebut disebut nikah fasid iaitu pernikahan yang tidak memenuhi syarat-syarat sah bernikah mengikut hukum syarak.
“Tambahan pula ibu mertua wanita tersebut sudah melakukan pengesahan nikah. Manakala mahkamah telah mengesahkan nikah tersebut dan suami wanita itu merupakan anak lelaki yang sah kepada bapa bersama ibu mertuanya.
“Kes ini sebenarnya berlaku sekitar 2017 atau 2018. Seingat saya prosesnya agak cepat hanya melibatkan empat sesi mahkamah termasuk ketika tarikh sebutan kes, perbicaraan, hujah dan keputusan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Tambahnya, pemfailan cerai yang biasa atau lafaz talak tidak terpakai kepada pasangan berkenaan kerana pada asasnya pernikahan mereka tidak sah.
Semalam, hantaran beliau mengenai kisah seorang wanita berkahwin dengan abangnya apabila bapa mereka bernikah secara rahsia di Thailand tular di laman Facebook dan dikongsi lebih 2,000 kali.
Sumber – K! ONLINE