Guru dilantik semula selepas dipecat gara-gara tidak hadir ke sekolah kerana ‘takut air’

Guru dilantik semula selepas dipecat gara-gara tidak hadir ke sekolah kerana ‘takut air’

Selepas 18 tahun berkhidmat dalam profesion perguruan di Selangor, seorang guru, Yahya Wahi akhirnya membuat permohonan untuk bertukar ke Gerik, Perak kerana ingin berdekatan dengan isteri dan juga ibunya yang semakin berusia.

Menurut laporan NST, Yahya menerima pertukaran pada 16 Disember  2012 dan ditugaskan di SK RPS Kemar, sebuah sekolah yang terletak di Gerik.

Namun begitu, guru sains dan matematik berkenaan telah gagal untuk melaporkan diri di sekolah berkenaan pada tarikh yang sepatutnya dan hanya datang untuk mulakan tugas pada April 2013.

Pexels Fauxels 3184658

Menariknya, perkara tersebut berlaku apabila Yahya mendapati dia terpaksa menaiki sebuah bot untuk menyeberang tasik untuk sampai ke sekolah yang dimaksudkan.

Menurut kes mahkamah yang didedahkan NST tersebut, Yahya tidak mengajar di SK RPS Kemar sehinggalah dia menjumpai jalan ‘darat’ yang menghubungkan sekolah tersebut iaitu melalui laluan pembalakan.

Tambah laporan berkenaan, Yahya mempunyai fobia terhadap air  disebabkan insiden yang membuatkannya hampir lemas ketika kecil dan fobia tersebut menjadi teruk selepas menyaksikan sendiri kematian abangnya akibat lemas.

Dia kemudiannya mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan di Sungai Petani dan telah dirujuk ke Jabatan Psikatri pada tahun 2015. Namun, apabila keadaannya tersebut didedahkan kepada Guru Besar SK RPS Kemar, dia telah dikenakan tindakan disiplin pada tahun 2019.

Kes berkenaan dibawa ke peringkat atasan sepanjang ‘hilang’ dari dunia perguruan selain ada juga memohon untuk ditukar semula. Namun segala perbincangan tidak diendahkan dan dia kemudian dipecat pada Ogos 2019 dan segala emolumennya diberhentikan.

Yahya kemudiannya memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Taiping untuk membatalkan pemecatannya dan dilantik semula sebagai guru di mana-mana sekolah lain yang boleh dihubungi melalui jalan darat.

19054946 466215713726092 7335975807852959990 O

Beliau menamakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Jabatan Pendidikan Perak, Kementerian Pendidikan, dan kerajaan sebagai responden.

Hari ini, hakim Mahkamah Tinggi Taiping K. Muniandy, dalam membenarkan permohonan semakan kehakiman Yahya, berkata pemecatan Yahya adalah bertentangan dengan sifat keadilan dan keadilan prosedur.

“Terdapat sikap tidak menghiraukan peraturan yang terpakai dan keputusan telah dibuat untuk memecat Yahaya yang dianggap melanggar keadilan semula jadi”

Menurut K. Muniandy lagi, keputusan untuk memecat Yahya daripada perkhidmatan perguruan kerana ketidakhadirannya di tempat kerja adalah tidak berlaku adil kerana apa yang berlaku kepada Yahya adalah disebabkan masalah perubatan yang teruk.

Lebih memburukkan keadaan, Yahaya tidak dimaklumkan mengenai haknya untuk merayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiada alasan dikemukakan oleh responden atas kegagalannya berbuat demikian.

Muniandy berkata Yahya telah mengemukakan pelbagai laporan perubatan sebagai bukti fobianya terhadap air, yang menyebabkan dia tidak dapat berulang-alik ke tempat kerja melalui laluan air.

Oleh itu, tanpa hak merayu yang diberikan kepada Yahaya, mekanisme terbina yang tersedia untuknya, keputusan yang dibuat oleh responden untuk menamatkan perkhidmatan mengajarnya adalah tidak sah.