Hari pertama pembelaan, semua peguam Bainun dikhabarkan tarik diri – “OKT baru tahu pagi ini”

Hari pertama pembelaan, semua peguam Bainun dikhabarkan tarik diri – “OKT baru tahu pagi ini”

Selain isu menuntut perpisahan Puteri Sarah, hari ini turut berlangsungnya hari pertama perbicaraan bela diri Siti Bainun Ahd Razali. Ia susulan 2 pertuduhan dikenakan ke atasnya, iaitu mengabai serta menganiaya remaja sindrom Down Bella. Difahamkan seramai 16 saksi (termasuk OKT) akan memberi keterangan sepanjang prosiding tersebut.

 

 

 

Hakim Mahkamah agak berang…semua peguam Siti Bainun tarik diri menyebabkan prosiding tergendala

Menurut Khairul Anwar Rahmat yang bertandang ke Makhamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi, Hakim bagaimanapun dilaporkan agak berang dan tidak berpuas hati. Ini berikutan kesemua peguam yang mewakili OKT bertindak menarik diri, sekali gus menyebabkan proses prosiding tergendala.

OKT baru tahu pagi ini…hakim sifatkan tidak wajar

Menurut pengendali halaman Facebook For Bella pula, Hakim menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak wajar. Dalam pada itu, difahamkan Siti Bainun juga baru mengetahui perkara tersebut pada di mahkamah pagi tadi. Rentetan itu, pihak OKT juga dikatakan bakal melantik peguam baru bagi mengatasi isu berikut.

 

Peguam jelaskan alasan tidak hadir ke prosiding pembelaan Siti Bainun

Tinjauan awal pihak Kisah Dunia mendapati, hanya peguam bernama Asiah Abd Jalil memuat naik status berhubung keberadaannya. Menerusi Facebook, dia perlu mengutamakan satu perbicaraan jenayah di Seremban pada hari ini. Ia susulan, tarikhnya sudah ditetapkan lebih awal daripada tarikh pembelaan Siti Bainun.