Hilang 14 hari di Makkah, jemaah Malaysia ditemukan meninggal dunia

Hilang 14 hari di Makkah, jemaah Malaysia ditemukan meninggal dunia

 

Jemaah Malaysia, Rosli Salleh, 62, yang dilaporkan hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 10 Mac lalu, ditemui meninggal dunia.

Jemaah Malaysia meninggal dunia

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak Allahyarham iaitu Muhammad Farid Rosli menerusi hantaran di satu kumpulan Facebook, Group Umrah. Menurut Farid, bapanya yang sepatutnya pulang ke tanah air pada 23 Mac lalu sudah ditemui

Assalamualaikum. Update (laporan) terbaharu, kami sekeluarga telah menjumpai ayah (Rosli) kami. Beliau telah meninggal dunia di sana (Mekah).

Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikan untuknya di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin Insya-Allah.

Dalam kesempatan itu, Farid sekeluarga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam misi pencarian bapanya itu.

Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja.

Terdahulu, Farid meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan bapanya apabila gagal dihubungi sejak 17 Mac lalu ketika mengerjakan umrah secara bersendirian tanpa ejen.