Hina anak muda, Muhyiddin bakal dihukum

Hina anak muda, Muhyiddin bakal dihukum

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan berkenaan “40% golongan milenial yang berbelanja melebihi kemampuan sendiri” adalah tidak wajar, tidak sensitif dan tidak menjawab kepada isu kewangan sebenar yang dihadapi oleh milenial di negara kita.

Bayangkan rakyat yang bekerja siang malam, sampai ada 2, 3 kerja hanya untuk menampung keperluan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke hari – didakwa berbelanja melebih kemampuan sendiri oleh Menteri Kewangan.

Sudah tentulah rakyat tidak ada simpanan yang tetap dari bulan ke bulan kerana kos sara hidup yang meningkat saban tahun.

Masalah lagi besar adalah apabila kos sara hidup meningkat, gaji dan pendapatan rakyat bekerja tidak berubah sejak tahun 90 an.

Harga rumah- naik.
Harga makan minum- naik.
Tapi gaji tak naik-naik.

Sebab itu apabila Menteri Kewangan kata ada golongan milenial yang berbelanja lebih dari kemampuan sendiri, ia membawa mesej yang salah kepada isu kewangan rakyat.

Waktu saya jadi Menteri dahulu, kita naikkan gaji minimum dari RM900 ke RM1200 dalam tempoh setahun setengah sahaja.

Dalam JK Kabinet, saya buat pembentangan jangka masa panjang untuk Malaysia fokus isu “Living Wage” bukan “Minimum Wage”.

Program #MalaysiaKerja (RM6.5Bilion) dapat tambah gaji pekerja tempatan.

Jadi, Menteri Kewangan janganlah terus tuduh orang kita berbelanja besar. Bantu dan fokus untuk naikkan gaji mereka supaya tidak ada lagi rakyat yang susah, lapar dan sakit.

https://syedsaddiq.co/menteri-kewangan-harus-fokus-pada-gaji-bermaruah-bukan-minta-rakyat-ikat-perut/