Terkini!!! Muhyiddin tertekan, gelombang kemarahan frontliners terhadap Azmin makin memuncak

Terkini!!! Muhyiddin tertekan, gelombang kemarahan frontliners terhadap Azmin makin memuncak

Orang ingat saya ni cuma marahkan rakyat.

Bukan.
Saya pun rakyat. Yang berbeza saya adalah sebahagian pasukan FL yang bergelar doktor. Yang aktif berkongsi ilmu dan pandangan.

Saya pun tak suka PKP.
Walaupun saya nak sangat kes turun.

Saya geram pada pihak yang tak patuh SOP dan tak peduli nasib rakyat/masyarakat. Kalau Menteri bukak pintu belakang, lagi saya benci.
Nak sangat aktifkan ekonomi, tapi SOP tak jaga. Ada kes pun didiamkan saja.

Memang betul kilang beri hasil pada negara, termasuk pada pekerja-pekerjanya. Tapi tanggungjawab majikan dan Kementerian terbabit untuk patuh SOP dan jangan biarkan kilang/tempat kerja jadi tempat penularan.

Ini tak, bukan saja kilang, tempat kerja lain pun ada yang main tipu. Ada kedai bakeri kat tempat saya, yang saya pegi tiap bulan nak beli pastry dan kek, dua minggu lepas, staffnya 3 orang positif, selamba dia terus buka kedai dan suruh kontak rapat tetap datang kerja.
Apa pilihan pekerja?

Ada kedai sushi masa sebelum PKP, pun sama. Dah hampir separuh pekerja positif, senyap-senyap dia teruskan operasi. Di pasaraya pun sama. Majikan lebih pentingkan hasil dan pekerja merisikokan kesihatan kerana tak nak hilang pendapatan.

Nak buka kilang?
Nak teruskan perniagaan, teruskan.
Tapi jagalah SOP. Jaga persekitaran tempat kerja. Jangan bagi 100% pekerja datang satu masa. Kalau dah ada kes, semua pekerja kena swab dan isolasi. Swab pertama negatif, bukan bermakna dah selamat. Berapa ramai pesakit kami sekarang, swab pertama negatif, swab keduanya sangkut. Memang begitu agaknya variant sekarang.

Yang susah, tetap rakyat jugak, kan.

#Membebelsayang

Sumber : FB Dr Sakinah Sulong