Hukum lelaki ‘saje-saje’ buka baju duduk tepi jalan, ini penjelasan UAI

Hukum lelaki ‘saje-saje’ buka baju duduk tepi jalan, ini penjelasan UAI

 

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum lelaki yang sengaja menampakkan bahagian badannya dengan menanggalkan baju di tempat terbuka.

Menurut beliau, hukum lelaki menanggalkan baju adalah haram meskipun aurat mereka adalah antara pusat sehingga lutut.

“Patut orang lelaki tak boleh buka baju tepi jalan..tak boleh buang baju (kemudian) tinggal seluar sahaja.

“Walaupun aurat dia dari pusat sampai ke lutut tapi bila wanita lalu dan tengok jadi haram. Ada orang letih lepas cangkul-cangkul, lepastu dia buka baju duduk tepi jalan. Haram.

“Lelaki tengok tak haram, perempuan tengok haram,” katanya dalam satu video ceramahnya.

Malaysia Dateline menggunakan video itu sebagai rujukan susulan baru-baru ini tular sekumpulan penjual durian menggunakan publisiti yang agak tidak senonoh untuk tatapan ramai.

Sementara itu Ustaz Azhar turut menjelaskan tentang fitrah wanita dan lelaki yang tertarik antara satu sama lain seperti mana yang terkandung di dalam Al-Quran.

Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar mengingatkan supaya setiap muslim perlu menuntut ilmu agama agar tidak melakukan perkara yang berdosa.