Hutang negara bertambah kerana ‘gaji ayah RM5,000, perbelanjaan keluarga pula RM5,500’

Hutang negara bertambah kerana ‘gaji ayah RM5,000, perbelanjaan keluarga pula RM5,500’

 

Ibaratnya, gaji ayah kita RM5,000, tetapi belanja keluarga RM5,500. Setiap bulan, ayah perlu berhutang RM500 untuk menampung lebihan tersebut.

Samalah kerajaan juga. Kena berhutang, untuk tampung perbelanjaan yang lebih dari pendapatan atau defisit.

Itulah yang kita lalui sejak 26 tahun lepas. Kali terakhir surplus ialah semasa PMX jadi Menteri Kewangan dulu selama 5 tahun (1993-1997).

Pendapatan negara lebih dari belanja. Antara 1988 – 2024 (36 tahun), 5 tahun itu sahaja surplus.

Kini apa Madani buat? Turunkan defisit sedikit demi sedikit. Pada 2022 dari 5.8% dari KDNK (RM99.5 bilion), turun 5% (RM93 bilion) pada 2023.

2024 diunjurkan 4.3% (RM86 bilion) dan 2025 disasarkan 3% ke 3.5%. Tingkatkan KDNK juga.

Turun mendadak bahaya pula pada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan rakyat, kesejahteraan rakyat.

Belanja-belanja penting (pendidikan, kesihatan) tak boleh potong secara drastik.

Hasil semasa tak cukup dan kena terus tambah. Hutang pula tetap kena bayar. Zaman Madani, hutang 1MDB sahaja dah bayar RM48bil.

Kalau pengurusan ekonomi MADANI cekap, harapnya kita dapat tengok semula belanjawan surplus selepas 30 tahun.

Bolehlah kurangkan hutang sedia ada yang dah capai RM1.22 trillion (64% dari KDNK) dan beban bayaran bunga. RM1.5 trillion jika campur liabiliti.

Bila kerajaan berhemah, Pelabur lebih yakin dan berminat melabur di negara kita. Itu bantu tingkatkan pertumbuhan ekonomi.

Penarafan kredit akan jadi lebih baik. Kos hutang kita untuk pembangunan lebih murah sebab dianggap kurang berisiko.

Generasi anak-anak dan cucu kita pula tak perlu tanggung beban hutang yang diguna untuk kita bersenang lenang dengan pelbagai subsidi.

Bila Surplus, boleh buat dasar fiskal yang menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial tanpa perlu berhutang. Boleh labur lebih banyak untuk pendidikan, infra, kesihatan, R&D dll.

Ahmad Mursi