Ibu bapa masih suami isteri atau tidak? Shila Amzah jawab status rumah tangga ND Lala
Penyanyi Shila Amzah menjawab persoalan berkenaan status hubungan perkahwinan ibu bapanya iaitu penyanyi veteran Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman berikutan muncul dakwaan orang ketiga.
Ayah sebagai wali
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshila Amir Amzah, ibu bapanya masih lagi berstatus suami dan isteri. Kata Shila, bapanya juga bertindak menjadi wali di hari pernikahannya bersama Ubai.
Disebabkan urusan perkahwinan saya sudah selesai dan ayah pun sudah menandatangani borang-borang maksudnya mereka masih bersama. Itulah status mereka secara rasmi.
Mereka tahu apa yang perlu diutamakan dan untuk majlis pernikahan saya nanti bapa akan menjadi wali.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Memori Tercipta ini enggan mengulas lanjut mengenai ibu dan bapanya.
Yang selebihnya saya tak berani nak sebut kerana yang berkahwin adalah mereka, jadi saya tak tahu dan tidak mengambil tahu.
Shila berkata demikian ketika ditemui di sidang media Rockmantik Night Judika and The Gang di Pavillion Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun tetap bersyukur kerana dia dan Ubai tidak berdepan dengan dugaan bertunang sepanjang ‘berdarah manis’.
Apa sahaja yang berlaku saya anggap sebagai asam garam kehidupan dalam fasa bertunang.
Banyak sebenarnya dugaan tetapi Alhamdulillah antara saya dan Ubai kami tiada sebarang masalah.
Terdahulu, kehadiran ND Lala di majlis pertunangan Shila seolah-olah memberi gambaran bahawa keluarga tersebut sedang berada dalam keadaan yang baik walau dilanda pergolakkan.
Sebelum ini, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah seorang wanita di Instagram yang dipercayai ‘penyondol’ di dalam rumah tangganya.
Rentetan itu, dia ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada April lalu didakwa untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya. Bagaimanapun, adik Shila iaitu Syada menafikan dakwaan tersebut.