Ibu kandung, pengkid didakwa dera kanak-kanak 7 tahun
Polis menahan seorang wanita dan rakannya berperwatakan seperti lelaki (tomboy) kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dipercayai anak kepada suspek pertama.
Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan dipercayai di sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.
Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita adalah rakannya ‘pengkid’ berusia 30 tahun
Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, turut memaparkan kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan kanak-kanak berkenaan.
Macam ni sekali kau dera anak kau! Mak bapak jenis apa ni?
Bila dah kantoi dengan jiran tetangga, baru menangis menyesal tak sudah.
Info Tambahan : Kejadian berlaku di Pasir Gudang Johor dan Mak budak ni Couple dengan Pengkid.@chepuankhaleeda tengok ni ada lagi kanak-kanak… pic.twitter.com/ApdmoDE58S
— 𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮𝐒𝐮𝐫𝐚𝐲𝐚 (@cikgusuraya_ch) August 12, 2023
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam semalam.
“Tangkapan telah dilakukan pada ibu kandung dan teman perempuan (tomboy) dan mangsa telah dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail) untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Mohd Sohaimi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenan.