Identiti hakim kanan didakwa terlibat berbogel di rumah isteri orang didedah

Semalam negara digemparkan dengan berita seorang hakim kanan yang terlibat melakukan aksi jijik selepas didakwa berbogel di hadapan seorang wanita berstatus isteri orang.
Menurut laporan portal akhbar Malaysiakini, hakim tersebut didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sudah berkahwin pada 2020.
Insiden itu didakwa berlaku pada Ogos 2020 ketika hakim melawat rumah wanita itu, di mana dia tinggal bersama suaminya yang terbaring di katil.
Sementara netizen masih tercari-cari siapakah hakim kanan yang dimaksudkan itu, pengguna Twitter menggunakan nama akaun @EdisiKhas dikesan telah pun memuatnaik ciapan mendedahkan identiti suspek yang dimaksudkan.
Seorang lgi jantan gatal yg sering buat gangguan seksual terhadap wanita terutamanya isteri orang. pic.twitter.com/ldHPnVrmEd
— Edisi Khas (@ES_EdisiKhas) January 11, 2022
Walaubagaimanapun, kesahihan mengenai penglibatan individu yang didedahkan itu masih belum disahkan pihak polis.
Malah, hakim kanan tersebut dilaporkan telah menafikan terlibat melakukan aksi jijik tersebut, sambil mendakwa ianya merupakan laporan palsu yang dibuat oleh wanita tersebut.