Identiti ‘pakcik kopiah wallahi saya undi Pas’ dibongkar netizen, siap siasat lokasi kejadian?
Sebelum ini tular satu video memaparkan beberapa pengundi diarah untuk mengangkat sumpah telah mengundi parti PAS semata-mata untuk mendapatkan bantuan duit tambang balik mengundi.
Video yang telah tular itu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk Parti PAS Kelantan. Parti itu kemudian menafikan syarat yang dikenakan terhadap pengundi bagi mendapatkan bantuan itu.
Menurut Setiausaha PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, bantuan wang tersebut adalah layak untuk diberikan kepada pengundi di luar negeri yang kurang berkemampuan tanpa mengira parti mana yang diundi.
Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan, Nazman Che Ibrahim juga memaklumkan bahawa syarat mengangkat sumpah dengan nama Allah bagi parti yang diundi itu bukan budaya PAS.
Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh @kingmshahrul1 , individu ini mendedahkan identitti yang dikatakan paling popular pada PRU15 lepas.
@kingmshahrul1 Ok sudah jumpa watak paling popular lepas PRU 15
@kingmshahrul1 Replying to @cahaya_kecintaan96 ok kita bagi lagi bukti
“Serius la.. padu wei korang, tempat diorang buat kerja pun boleh jumpa.”
“Bersih dan stabil.”
“Sedekah.”
“What’s this. Sampai ceruk ni dicarinya, tak tau la orang tak percaya jugak.”
“Kalah detektif conan macam ni. Tapi ni tak salah, ni hanya sedekah, kena faham fatwa,” kata warganet.