Info program terbaru penggunaan akaun 2 KWSP, ‘i-Lindung’

Info program terbaru penggunaan akaun 2 KWSP, ‘i-Lindung’

KWSP telah melancarkan program terbaru mereka yang diberi nama sebagai i-Lindung.

i-Lindung membolehkan para ahli KWSP menggunakan akaun 2 masing-masing bagi tujuan pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal yang disediakan oleh penyedia insurans di Malaysia.

Permohonan i-Lindung KWSP 2022

Antara syarikat insurans yang terlibat di dalam i-Lindung ini adalah:

  • FWD Takaful Berhad
  • Prudential Assurance Malaysia Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Etiqa Life Insurance Berhad
  • Etiqa Family Takaful Berhad.

Anda boleh terus mendapatkan maklumat insurans pada laman i-Akaun masing-masing. Sebut harga akan dipaparkan berserta maklumat produk insurans yang ingin diperolehi.

Anda boleh layari ilindung.kwsp.gov.my ataupun iakaun.kwsp.gov.my

Syarat umum layak mendapatkan iLindung adalah;

  • berumur 55 tahun ke bawah
  • Baki di dalam akaun 2 mencukupi.
  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna i-Akaun

Jika terdapat sebarang persoalan mengenai i-Lindung KWSP, bolehlah hubungi KWSP di 03-8922 6000.