“Ingatkan tempat urut, rupanya ada servis lain” – Lebih 50 individu warga asing dicekup terlibat aktiviti maksiat
LEBIH 50 warga asing ditahan Jabatan Imigresen susulan serbuan di rumah urut di Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, lima premis urut diserbu pada 10 Julai.
Dalam serbuan itu, 91 individu diperiksa, dan 56 warga asing dari Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Sudan ditahan atas pelbagai kesalahan.
“Turut ditahan dua warga tempatan yang kami percaya sebagai penjaga premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, operasi itu dilancarkan selepas mendapat aduan daripada orang ramai.
Mereka disyaki menjalankan aktiviti maksiat yang berselindung di sebalik perkhidmatan urut.