Ini kisah jenama Colgate, rupanya dulu tak jual ubat gigi

Ini kisah jenama Colgate, rupanya dulu tak jual ubat gigi

 

Tahukah anda bahawa pada tahun 1873, ubat gigi Colgate telah dijual dalam bentuk balang kaca? Kemudian, pada tahun 1896, pembungkusan ubat gigi Colgate diperbuat dengan menggunakan tiub telah dipelopori oleh Kalodont, Johnson & Johnson (Zonweiss) dan Sheffield. Manakala pada tahun 1950-an, seorang copywriter yang bernama Alicia Tobin telah mencipta slogan Colgate iaitu “It Cleans Your Breath While It Cleans Your Teeth” yang membawa maksud ia membersihkan nafas anda dan dalam masa yang sama turut membersihkan gigi anda.

Untuk pengetahuan kita semua, pengasas bagi ubat gigi Colgate ialah William Colgate di mana penemuan ini bermula pada tahun 1806. Pada masa itu, beliau tidak terfikir ingin menjual ubat gigi kerana fokus untuk mengeluarkan kanji, sabun dan lilin dan memiliki sebuah kedai kecil di New York untuk menjalankan operasi perniagaannya. Seterusnya, Colgate mula berkembang pada tahun 1820. William Colgate telah meninggal dunia pada tahun 1857 dan urusan perniagaan diserahkan kepada Samuel Colgate. Nama perniagaannya ketika itu ialah Colgate and Company. Kemudian Samuel Colgate telah bertindak menambahkan lebih banyak produk ke dalam syarikat. Produk-produk yang ditambah adalah seperti minyak wangi dan sabun wangi. Setelah Colgate mencecah usia 23 tahun, produk baru Colgate iaitu Colgate Ribbon Dental telah diperkenalkan dan dipasarkan. Pada masa ini, Colgate telah melakukan kerjasama dengan banyak syarikat untuk menghasilkan lebih banyak produk lagi.

Pada awal tahun 1920-an, Colgate telah berkembang di seluruh dunia dengan hasil daripada kerjasama yang baik dengan banyak syarikat di seluruh dunia. Seterusnya. Pada tahun 1980-an, Colgate telah menjalankan satu penyelidikan dan menghasilkan produk ubat gigi yang mampu mencegah kaviti, mengurangkan bau mulut, memutihkan gigi dan mengelakkan terjadinya gusi berdarah. Ubat gigi baru ini diberikan nama ‘Total’ yang merupakan kejayaan terbesar Colgate dan berhasil membuat jualan yang meletup di seluruh dunia. Pada masa yang sama, Colgate juga menjadi pemimpin pasaran untuk produk ubat gigi di Amerika Syarikat.

Colgate and Company turut memberi sumbangan yang besar melalui programnya yang dipanggil “Colgate Bright Smiles, Bright Future”. Melalui program ini, Colgate telah membantu golongan keluarga yang memerlukan pemeriksaan gigi dan pendidikan pergigian secara percuma. Sehinggakan pada tahun 2012, Colgate telah menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dan pendidikan secara percuma kepada lebih 80 buah negara. Di samping itu, Colgate telah membantu lebih dari 1 juta orang kanak-kanak pada masa itu dengan menggunakan kemudahan van bergerak untuk pergi ke kawasan desa dan bandar kecil agar penduduk di kawasan tersebut turut mendapat manfaat dari perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh Colgate.

Kesimpulannya, jika kita lihat ubat gigi Colgate ini pada awalnya bermula dari pengeluaran produk lain seperti minyak wangi dan sabun. Melalui kisah bagaimana Colgate ini bermula, dapat kita contohi bahawa produk yang berkualiti dan ada nilainya tersendiri akan mendapat tempat di pasaran malah akan mewujudkan pelanggan yang setia kepada produk kita.