Ini sebab kenapa sesi persekolahan tak sesuai bermula jam 8 pagi

Ini sebab kenapa sesi persekolahan tak sesuai bermula jam 8 pagi

 

Hantaran yang dibuat oleh Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat.

Hantaran tersebut yang mencadangkan agar sesi persekolahan dianjakkan kepada jam 8 pagi, iaitu lewat 30 minit berbanding jadual sedia ada juga kini sedang hangat dibincangkan di media sosial.

Menurut ikon perguruan tersohor, Cikgu Mohd Fadli Salleh, punca cadangan ini timbul sebenarnya adalah disebabkan oleh isu penggunan sistem kad perakam waktu. Beliau juga berpendapat, waktu persekolahan sekarang sebenarnya sudah ‘elok’ dan ‘cantik’ serta tidak perlu dilewatkan.

Berikut merupakan cadangan yang dibuat oleh beliau di laman Facebooknya yang dirasakan lebih sesuai bagi menyelesaikan isu ini. Apa pendapat anda? Setuju tak dengan pandangan Cikgu Fadli ini?

Sesi Persekolahan

Post ini punca datangnya cadangan waktu persekolahan mula pukul 8 pagi.

Dia ginilah mudah. Benda punch kad ni atas pentadbir. Ada pentadbir jenis memahami, murid belajar jam 7:30, selepas 7:30 baru punch kad bertukar merah dan dikira lewat.

Sebab cikgu yang punch kad jam 7:29 sebenarnya dah sampai awal. Nak masuk gate tu dah berbelas minit jem dengan murid-murid. Mencari parking dah 5 minit. Berjalan ke pejabat nak punch kad 5 minit lagi.

So cikgu-cikgu yang punch jam 7:29 tu dah ada depan pagar sekolah sekitar jam 7 pagi lagi. Faktor-faktor ini membuat lambat nak sampai ke mesin punch kad.

Namun ada pentadbir yang strict dan tegas, murid belajar jam 7:30, pukul 7:01 dah merah kad tu.

Padahal guru tu awal 29 minit kot. Tak kira lagi masa yang habis sebab jem, cari parking dan berjalan ke ofis.

Sepatutnya kalau murid mula belajar 7:30, 7:31 baru dikira lewat. Melainkan guru tersebut bertugas pada minggu itu.

Baru betul.

Ni masa awal bukan main diawalkan mesin punch kad. Habis punch kad bertukar kaler lain sebab lebih 3x lewat yang pada dasarnya tak lewat pun.

Sedangkan cikgu balik lambat 30-60 minit dok tunggu murid habis pulang tak pernah dikira pun.

Patut selaras mudah. Kalau sekolah mula ja. 7:10, 7:11 baru dikira lewat dan merah kadnya.

Bukan buat cadangan lewatkan waktu persekolahan. Waktu persekolahan dah elok cantik dah tu.

Apa pun, aku setuju jika sekolah diberi autonomi untuk tentukan waktu mula sesi pembelajaran mereka.

Sekolah yang sesuai mula lewat, biarkan mula lewat. Sekolah yang sesuai mula awal, biarkan mula awal. Biar PIBG putuskan dalam meeting dengan persetujuan semua parent nak mula jam berapa.

Itu lagi baik dari selaraskan seluruh negara gini.

Apa kata korang?

#MFS