Ini sebab kenapa tiada pesawat berani terbang atas Kaabah, mesti ramai akan terkejut

Ini sebab kenapa tiada pesawat berani terbang atas Kaabah, mesti ramai akan terkejut

 

Makkah yang merupakan kota suci umat Islam menjadi salah satu lokasi yang ‘diharamkan’ dari dilintasi pesawat. Ternyata perjalanan kapal terbang mempunyai sekatan jalan tersendiri.

Buat pembaca yang sempat menjejakkan kaki di tanah suci mungkin bertanya-tanya, mengapa tidak ada satu pun pesawat yang mengudara di atas Kaabah.

Terdapat tiga penjelasan mengapa pesawat tidak boleh melintasi kaabah dan kota suci Makkah sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda ramai.

1. Alasan pertama tiada pesawat yang terbang melintasi kaabah kerana tidak ada lapangan terbang yang dibina di kota Makkah.

2. Alasan kedua merujuk kepada fakta bahawa kerajaan Saudi telah mengkategorikan kota Makkah sebagai zon larangan terbang bagi penerbangan komersial kerana menghormati tanah suci.

3. Alasan ketiga adalah kerana orang bukan Islam yang sememangnya diketahui tidak dibenarkan memasuki Kota Makkah.

Jadi, sekiranya penerbangan dibolehkan, pastinya ramai orang bukan Islam yang akan melintasi kota suci Makkah melalui udara.Saban tahun, kota suci Makkah menerima kunjungan ratusan ribu jemaah bagi menunaikan haji dan umrah.

Tetapi, kerajaan Saudi mengambil keputusan tidak membina lapangan terbang di kota suci ini.

Bukan kerana kerajaan tidak mampu, tetapi dua penjelasan ini akan menjawab persoalan tersebut.

Jawapan yang paling mudah adalah kerana jarak yang tidak terlalu jauh antara Makkah dan Jeddah iaitu sekitar 90 kilometer (km).

Oleh itu, idea untuk membina satu lagi lapangan terbang mungkin kurang bersesuaian ditambah dengan kepadatan ramai staf dan jemaah yang berada di sana.

Kemungkinan bagi jawapan kedua adalah Makkah merupakan Medan Magnet dan kedudukan Kaabah betul-betul terletak tepat di pusat bumi.

Jadi, berdasarkan fizik asas, bumi adalah kawasan graviti dan pusat bumi mempunyai graviti yang tinggi dan merupakan pusat caj magnetik.

Oleh itu, apabila menjadi pusat magnetik, lapisan bumi di atasnya menghasilkan vacuum pada sesuatu masa. Ini boleh menjadi salah satu sebab mengapa pesawat tidak terbang melintasi kaabah kerana kejadian tidak diingini boleh berlaku.

Namun begitu, timbul persoalan mengenai terdapatnya helikopter milik kerajaan Saudi yang terbang di sekitar kota suci Makkah sewaktu Haji dan bulan Ramadan bagi meninjau keselamatan kota suci itu.