Ira Kazar koyak, gelar individu batak ‘likes’ dan ‘views’ sebab kongsi gambar hasil masakannya
Sedia maklum, Ira Kazar sebelum ini sering mendapat perhatian susulan berkongsikan hasil masakannya di Instagram Story.
Terbaru, isteri pengarah hebat, Syamsul Yusof itu telah memuat naik foto tomato bakar hasil air tangan sendiri.
Susulan itu, terdapat seorang individu berkongsi semula foto berkenaan di laman TikToknya hingga meraih perhatian Ira Kazar.
Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi meluahkan rasa kesal selepas melihat gambarnya dikongsikan semula di laman akaun individu terbabit.
Admin batak likes dan views ke tu? Tak ada modal ke ambik content orang buat modal.
Disebabkan itu pemilik akaun tersebut juga membalas komen Ira itu yang berkata dia mendapat lebih banyak views sekiranya memuat naik tentang pelakon Puteri Sarah.
“Lupa nak bagi tahu, view kita lagi tinggi kalau video pasal Puteri Sarah. Video awak (Ira) likes tak banyak pun, cuma ramai followers minat nak tahu tentang aktiviti Syamsul.”
Ira meluahkan rasa berang dengan mempersoalkan tindakan individu terbabit dan bertanya sama ada dirinya sudah tiada konten untuk buat hingga ‘mencuri’ konten orang lain.
“Ok kalau macam tu jangan ambil content orang buat modal ok. Jangan nampak sangat batak tu. Jangan upload dah, nampak sangat bataknya,” bidasnya.
Bagaimanapun, individu itu membalas semula komen Ira dengan berkata jika dia kongsikan video Puteri Sarah, mungkin lagi banyak likes diterima.
@norainibasre88 Membalas kepada @irakazar#puterisarahliyana #norainibasre #norainibasreshop #artismalaysia #gosip #husbandwife #irakaza #syamsulyusof #binafshasweet
“HAHAHAHA dia yang koyak, dia cakap kita,” jawabnya.
Difahamkan Ira telahpun memadam segala komen-komen tersebut.