Ira Kazar post story, relaks makan burger & aiskrim
Tindakan Puteri Sarah Liyana memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof seolah-olah langsung tidak memberi kesan kepada pengarah tersebut.
Mana tidaknya, Syamsul yang kini sedang menjalani penggambaran filem terbaru arahannya itu tidak memberikan apa-apa respon tentang hal berkenaan.
Meskipun berdepan dengan tuntutan tersebut, dia hanya mengemas kini tentang penggambaran The Original Gangster yang sedang berlangsung.
Namun, nampak gayanya bukan Syamsul sahaja yang seperti tak terkesan tetapi menerusi perkongsiannya di media sosial, isteri barunya, Ira Kazar juga turut dilihat relaks.
Jika sebelum ini, dia dilihat santai dengan menonton siri di Netflix tetapi semalam dia memuat naik sedang menikmati Burger King dan aiskrim.
Difahamkan, perkongsian Ira itu dimuat naik semula oleh netizen yang mendakwa dia hanya tenang menghadapi apa yang sedang berlaku.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata warganet menyindir anak pelakon, Kazar Saisi itu dan berpendapat hantaran tersebut hanya lakonan semata-mata namun hakikatnya dia sedang dalam keadaan celaru.
Malah, sesetengah netizen turut melabelnya sebagai seorang psiko dan memerli Ira yang menurut mereka sengaja mahu show off sedang tenang.