Irma Hasmie tuding jari! Terima segala ketentuan, ini status terkini rumah tangga Irma Hasmie

Irma Hasmie tuding jari! Terima segala ketentuan, ini status terkini rumah tangga Irma Hasmie

 

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Irma Hasmie masih kekal berdiam diri selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai status rumah tangganya akibat hantaran sedih yang dimuat naik di Instagramnya pada 2 Ogos lalu.

Katanya, sebagai manusia kita sering mencari dimana silap atas apa yang berlaku dan cuba untuk memperbetulkan keadaan tersebut termasuklah membenarkan sangkaan dan tuduhan yang ada.

Pilih salahkan diri sendiri

Justeru, Irma atau nama penuhnya Irma Hasmie Ibrahim, 41, memilih untuk menuding jari kepada diri sendiri di atas apa yang berlaku dan memilih untuk menerima segala ketentuan dengan sebaiknya.

“Terkadang hidup cuba mencari-cari entah dimana silapnya. Ada kalanya cuba memperbetulkan sesuatu yang tak pasti. Sering ditanya mengapa membenarkan sangkaan-sangkaan yang ada.

“Jadi, mulai kini saya memilih untuk menunding jari kepada diri sendiri, kerana yang melangkah tiap hari itu adalah kaki sendiri.

“Kita hanya manusia, yang berkuasa mengatur adalah Tuhan. Pemikiran kita, sangkaan kita, penyampaian kita…  mana mungkin mampu sama dengan yang Maha Berkuasa,” katanya.

Perkara itu dikongsi Irma menerusi hantaran di Instagram miliknya.

‘Saya tak layak untuk marah atau melawan…’

Dalam pada itu, dia juga menghormati setiap pendapat dan pandangan netizen terhadap kisah hidupnya termasuklah isu rumah tangga yang tular baru-baru ini.

Bahkan, dia percaya itu adalah hak setiap manusia dan masing-masing mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Tak apa-apa, tak layak untuk marah juga tak layak untuk melawan hal apa pun. Saya memilih menerima seadanya.

“Saya tak lagi menghakimi dan sedar siapa diri ini dan menghormati hak setiap manusia lain yang punya jalan cerita kehidupan masing-masing. Saya bukan orang yang sempurna, banyak salah silap jauh sekali untuk jadi sempurna.

“Kerdil diri, hanya ini yang mampu dilakukan. Memohon ampun diriku yang pernah menyakiti dan sesiapa pun yang terluka.

“Terlepas kata, terkasar bahasa, segala perbuatan yang menyinggung perasan sehingga perit, sengaja mahupun tidak sengaja, baik yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan kepada sesiapa pun yang mengenali atau tidak mengenali saya secara langsung.

“Entah bila nyawa ini ditarik, doaku tiada hutang hati sesama manusia. Saya sedar diri ini penuh hina. Apapun, kebaikan itu datang dari Allah dan keburukan adalah khilaf saya sendiri,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti bersetuju dengan pendapat yang diberikan Irma sekaligus memuji akhlaknya yang sentiasa positif terhadap hal-hal yang berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti bersetuju dengan pendapat yang diberikan Irma sekaligus memuji akhlaknya yang sentiasa positif terhadap hal-hal yang berlaku.