Isteri Lan Solo titip nasihat, mak ayah ada anak sumbing “Anak kita luar biasa!”

Isteri Lan Solo titip nasihat, mak ayah ada anak sumbing “Anak kita luar biasa!”

 

Pejam celik, pejam celik pantas masa berlalu. Seperti yang diketahui umum, puteri bongsu penyanyi terkenal, Lan Solo, Nur Amna Quxandra yang lebih dikenali dengan nama Xandra yang lahir pada 24 Februari 2018 menghadapi masalah sumbing.

Ketika berusia tiga bulan Xandra telah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pembedahan tersebut adalah untuk merawat sumbing yang dialaminya.

Nasihat Isteri Lan Solo, Mak Ayah Ada Anak Sumbing

Menerusi perkongsian di Instagram isteri Lan, Nur Sheila berkongsi tentang perkembangan Xandra yang telah menginjak usia 5 tahun.

Malah Sheila juga berkongsi nasihat buat ibu bapa di luar sana yang mempunyai masalah anak mereka dilahirkan sumbing agar jangan risau dan yakinilah walau apa yang berlaku anak-anak syurga itu sangat luar biasa.

“WAHAI IBU BAPA YANG ADA ANAK SUMBING.. SEE.. XANDRA MEMBESAR DENGAN SIHAT.. YAKIN WALAUPUN DIA TAHU APA YANG BERLAKU DIA TAK SAMA DENGAN BABY LAIN.. ENJOY THE MOMENT OKAY.. ANAK KITA LUAR BIASA! INSYAALLAH” LUAH SHEILA.

Nasihat Isteri Lan Solo, Mak Ayah Ada Anak Sumbing “Anak Kita Luar Biasa!”

Alhamdulillah Adik Membesar Dengan Sihat

Sambung Sheila lagi dia bersyukur kerana anak bongsunya itu membesar dengan sihat dan menjadi peneman setia dirinya.

“Ada org 5 thn la arini.. aaa.. peneman paling setia mommy spjg daddy kat GV4!

“Alhamdulillah.. semoga adik membesar dgn sihat ya.. mommy daddy x penah putus doakan anak2 mommy daddy memberi manfaat pd ramai org.. InsyaAllah sebaik2 manusia adlh yg memberi manfaat pd ramai org..

“Syurga buat mu adik.. sooo” luahnya lagi.

Nasihat Isteri Lan Solo, Mak Ayah Ada Anak Sumbing “Anak Kita Luar Biasa!” Nasihat Isteri Lan Solo, Mak Ayah Ada Anak Sumbing “Anak Kita Luar Biasa!” Nasihat Isteri Lan Solo, Mak Ayah Ada Anak Sumbing “Anak Kita Luar Biasa!”