Isteri lari selepas sehari nikah, tiba-tiba janda pula muncul

Isteri lari selepas sehari nikah, tiba-tiba janda pula muncul

 

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian agar ‘masjid’ yang dibina akan berkekalan buat selama-lamanya. Namun begitu, siapa sangka seorang wanita tergamak meninggalkan suaminya selepas sehari bernikah.

Pulang ke bekas kekasih

Menerusi laporan Oke News, wanita tersebut dipercayai lari dan pulang ke pangkuan bekas kekasihnya. Berikutan daripada itu, netizen meluahkan rasa simpati terhadap pengantin lelaki yang ditinggalkan itu.

Tidak dapat menerima hakikat, lelaki yang dikenali sebagai Fahmi dari Indonesia itu telah meminta isterinya dan bekas teman lelaki membayar ganti rugi perbelanjaan majlis pernikahan mereka.

Berbicara lebih lanjut, Fahmi mengakui bahawa dia menerima banyak mesej di media sosial selepas kisahnya viral. Ujar Fahmi, ramai wanita mahu berkenalan dengannya termasuk janda dari Malaysia.

Terdapat seorang wanita cantik yang berasal dari Malaysia suka saya. Wanita itu turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa diri saya.

Walau bagaimanapun, Fahmi memberitahu dia enggan memberi harapan kepada wanita berkenaan dan hanya mahu mengenali lebih dekat dahulu. Mereka turut bertukar nombor telefon dan membuat panggilan video.