Isteri pasang CCTV dedah perbuatan suami ‘buat projek’ dengan anak saudara
Seorang pensyarah sebuah universiti swasta di Gorontalo, wilayah Sulawesi Utara ditangkap berdua-duaan dengan anak saudaranya oleh isteri sendiri, lapor laman berita Detik.
Mereka ditemui berada di dalam bilik rumahnya di Bolango.
Menurut si isteri yang dikenali sebagai Windayani, anak saudara suaminya iaitu S, tinggal di rumah mereka.
Ujarnya, dia sudah mula berasa curiga mengenai hubungan kedua-dua pelaku sejak tahun lalu selepas suaminya sering menelefon S.
Disebabkan itu, Windayani secara senyap-senyap memasang kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya tanpa pengetahuan suaminya.
“Saya temukan beberapa barangan milik wanita lain di bilik saya dan suami. Itu bukti pertama dan saya terus memasang CCTV,” ujarnya.
Windayani kemudian membuat laporan polis sebelum menangkap suami dan anak saudaranya di rumah mereka.
“Saya, polis dan penduduk menangkap mereka berdua di dalam bilik dan mereka dibawa ke balai,” ujarnya.