Isteri pertama izinkan suami kahwin sampai 28 kali, tetap setia walaupun terpaksa tidur sebilik dengan isteri muda
Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah bernikah sebanyak 28 kali, lapor laman berita TribunTrends pada 23 April 2024.
Menurut ahli perniagaan tersebut, Isep Dadang Sukmana, 60, isteri pertamanya sering mengizinkan dia berkahwin lain.
“Ramai orang berfikiran negatif. Namun, jika mahu tahu siapa saya dan kenapa saya sering berkahwin, tanyalah isteri pertama saya.
“Isteri pertama saya selalu mengizinkan saya bernikah lagi,” katanya.
Menurut Isep, dia berkahwin lain kerana mahu membantu wanita-wanita berkenaan, namun dirinya sering dikecewakan selepas menjadi suami mereka.
Namun, kata Isep, dia kini hanya memiliki dua isteri iaitu Dedah Haryati dan isteri keduanya, Eva Novianti.
Alhamdulillah, setelah pergi ke Tanah Suci, saya berniat untuk tidak bernikah lagi. Sekarang cukup dua saja (isteri).
“Dua-dua ni (isteri) tak ada masalah, selalu baik. Satu rumah, satu bilik. Saya pun bawa berdua ke Tanah Suci,” kata Isep.
Isep berkata, sokongan daripada dua isterinya itu menambahkan lagi semangatnya untuk sentiasa menabur kebaikan.
Kedua-dua isterinya tidak pernah membantah apabila Isep membazir wang membantu orang yang tidak berkemampuan.
“Mereka sentiasa menyokong saya dalam beramal. Tiada siapa yang pernah menghalang saya daripada membelanjakan wang untuk beramal,” jelasnya.