Isu Ebit Liew, Geng Ustaz minta kedua-dua pendakwah terlibat berdamai

Isu Ebit Liew, Geng Ustaz minta kedua-dua pendakwah terlibat berdamai

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PENCINTA ULAMA (GENG USTAZ ) :

*Isu Melibatkan Dua Pendakwah Iaitu Ybrs. Saudara Ebit Liew Dan Ybrs. Bro Firdaus Wong Di Media Sosial*

1. Susulan Isu yang tersebarkan di media sosial melibatkan para asatizah berkaitan iaitu Ybrs. Sdr. Ebit Liew dan Ybrs Bro Firdaus Wong yang sedang berlegar di seluruh negara.

Kami sebagai sebuah Pertubuhan Pendokong dan Pencinta ulama, iaitu Geng Ustaz sebuah NGO yang cintakan ulama dan para asatizah berpendirian seperti berikut:

– Kami amat berharap kedua pihak agar bertenang dan tidak menyebarkan perkara yang mengaibkan diantara yang terlibat kerana ianya menjejaskan nama baik seorang pendakwah.

Berdasarkan Hadis daripada Rasulallah SAW bersabda :

حديث أنس  قال: قال رسول الله ﷺ: انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا، فقال رجل: يا رسول الله، أنصره إذا كان مظلومًا، أفرأيت إذا كان ظالمًا كيف أنصره؟ قال: تحجزه أو تمنعه من الظلم فإن ذلك نصره[1]، رواه البخاري.

Maksudnya :
“’Bantulah saudara kamu yang zalim dan dizalimi, lalu menjawab seorang sahabat, ya Rasulullah menolongnya ketika mana ia dizalimi dan apa pandangan kamu ketika mana ketika ia sedang melakukan kezaliman? Bagaimana untuk menolongnya? Lalu Rasullah menjawab, menahannya atau kamu menyekatnya daripada berterusan melakukan kezaliman dan dengan cara itulah kamu membantunya.

– Memohon kedua pihak agar tidak menyalahkan mana mana pihak. Segala bukti yang ada hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkuasa bagi memudahkan pihak berkenaan menjalankan siasatan keatas semua laporan yang telah dibuat.

Biarlah undang – undang yang menentukan siapa yang bersalah dan jangan mudah kita menghukum mengikut sesama kita.

– Jagalah adab dan akhlak kita sebagai pendakwah dalam mencari penyelesaian.

Sekian, Terima Kasih

Setiausaha Agong
Pertubuhan Pendokong Dan pencinta Ulama ( Geng ustaz )
23 September 2021

Sumber – FB