Isu konsert Justin Bieber, ustazah ini dibidas hanya berani salahkan ibu-bapa berbanding menteri yang meluluskannya

Isu konsert Justin Bieber, ustazah ini dibidas hanya berani salahkan ibu-bapa berbanding menteri yang meluluskannya

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun sekali lagi menjadi tumpuan warganet berikutan isu yang dimuat naik di dalam laman FBnya baru-baru ini.

Ianya selepas ustazah tersebut meluahkan kebimbangan mengenai konsert Justin Bieber yang mendapat sambutan hangat selepas tiket habis terjual dalam masa lima jam pada 31 Mac lalu.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik itu, dia mempersoalkan ibu-bapa kepada remaja yang dianggapnya begitu naif kerana membiarkan anak-anak mereka membeli tiket konsert artis barat itu.

Malah dia menganggap teguran yang dibuat itu untuk melindungi anak muda supaya tidak terjerumus ke lubuk maksiat.

Kata Ustazah Asma’, konsert Justin Bieber itu akan menjadi permulaan kepada penzinaan kerana berlaku percampuran lelaki dan perempuan dan mungkin pengambilan minuman haram berlaku.

Tambahnya lagi,  dia selaku pendakwah perlu bertanggungjawab dan tidak boleh menutup mata melihat kemungkaran.

Namun timbul persoalan daripada netizen terhadap apa yang dibangkitkan ustazah terebut.

Mereka pelik kenapa ustazah meletakkan beban kesalahan hanya kepada ibu-bapa remaja tersebut, sedangkan umum mengetahui urusan kebenaran konsert tersebut diadakan terletak di bawah kelulusan menteri dan anggota kabinet kerajaan.

Malah, ada yang bertanya kenapa ustazah Asma’ seolah-olah dengan sengaja cuba mengalihkan perhatian umum dengan meletakkan kegagalan tersebut kepada ibu-bapa remaja terbabit, dan bukannya kepada kerajaan Melayu Islam yang disokongnya itu?

Netizen turut menasihatinya agar tidak mengamalkan sikap dwistandard, seolah-olah kerajaan tidak berperanan langsung dalam memberi jalan agar konsert itu berjaya diadakan.