Isu MyKid anak: PPIM ambil keterangan, peguam arah wanita ini buat laporan polis terhadap suami
Akur ditinggalkan terkontang-kanting tanpa sebarang nafkah, namun Cik Pia paling terkilan apabila suaminya enggan hadir ke JPN Pahang untuk urusan pendaftaran nama anak mereka, Baby Arumi.
Meskipun sudah melampirkan sijil pernikahan sah, ia tidak memadai kerana kad pengenalan suami tetap perlu disertakan.
Penat nak fikir…Saya mana ada duit nak lantik peguam…Paling-paling kurang RM10,000
Cik Pia menangis di kaunter JPN setelah diminta memilih 99 nama Allah untuk dibinkan atas nama anak.
Dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang aktres, suaminya malah terus mengabaikan permintaan untuk selesaikan pendaftaran MyKid itu.
Terdahulu, wanita tabah ini akui tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk mengupah mana-mana khidmat peguam.
@jannahazman89
Saya bukan bodoh & tuli…Diam bukan bermaksud kalah
Namun dalam perkongsian terbaru, rupanya kisah viral Cik Pia sudah pun mendapat perhatian daripada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Segala keterangan sudah pun diambil dan bersama arahan peguam, Datuk Rosni Zahari, mereka hadir ke balai polis untuk melaporkan perbuatan si suami.
Menyuarakan keluhan sama, isu besar yang perlu dirisaukan di sini adalah berkaitan nasab keturunan jika suami Cik Pia berkahwin dan ada anak lain nanti.
@norsufiajohari Tq Dato’ @rosnizahari00 bg pandangan SBG seorg peguam..tq kak Jan Dr @ppim.official mengambil berat isu saya..saya memperjuangkan hak wanita kepada wanita..bukan memperlekehkan wanita lain.#tiktokviral #viral #fypシ #fyp #fypage #fypシ゚viral #tiktoker #tiktok #fypp #trending
@rosnizahari00 #usahaselesaikankescikpiabersamaPPIM#semogaberjaya @Norsufiajohari
Akhirnya, moga Cik Pia & anak terbela
Melihat perbincangan 3 pihak itu, netizen teruja dan mendoakan semoga perjuangan Cik Pia dipermudahkan. Sebagai seorang wanita, mereka amat memahami dugaan berat dialami ibu 2 anak tersebut.
Perjuangan ini juga sekali gus bakal menjadi pengajaran kepada golongan suami yang sengaja menganiaya anak isteri khususnya melibatkan urusan rasmi.
Melalui kisah Cik Pia, netizen juga mencadangkan agar pihak berwajib menggubal satu akta baru agar kejadian sama tidak berlaku kepada orang lain.