Isu Naufal Azrin pakai rantai & gelang tangan, PU Syed beri teguran, “Halal & haram jangan..”

Isu Naufal Azrin pakai rantai & gelang tangan, PU Syed beri teguran, “Halal & haram jangan..”

 

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran terhadap seorang penyanyi lelaki yang pernah bergelar penyanyi nasyid, Naufal Azrin yang membuat penampilan pertamanya di Konsert Big Stage 5, dengan menggayakan aksesori rantai leher serta gelang tangan yang mencetuskan rasa kecewa netizen dengan perubahan drastik penyanyi Casablanca itu.

“Bawalah Peminat Saudara Ke Syurga..”

PU Syed menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa Naufal tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk dilihat cemerlang dalam bidang nyanyian.

“Halal dan haram jangan dicampur yang akhirnya menyebabkan kita dipandang seorang oleh masyarakat.

Saudara berjaya membawa nasyid dengan anugerah suara yang merdu itu, serta mempunyai ramai peminat..

Bawalah peminat saudara ke syurga..Bukan ke arah selain darinya. Dari sudut penampilan dan sebagainya.” – tegur PU Syed

Dipersetujui Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan teguran PU Syed, malah ada yang menitipkan doa buat Naufal agal diberikan hidayah sebelum terlambat.

“Padu Ustaz menegur. Terbaik.”

“Jangan cuba-cuba kalau tak kuat takut terbabas jauh.”

“Terkejut juga tengok. Moga Allah bagi hidayah balik sebelum menyesal.”

“Biase ustaz, artis jarang sangat tak bangang.”

“Lari terus dari didikan asal. Semoga kita semua tidak dibolak balikkan hati dan tetap dalam iman.”

“Semoga cepat-cepat sedar. Orang tegur tanda sayang.”

Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat Naufal Azrin…