Isu parlimen bising : Dah mereka dibayar untuk semua itu, kenapa perlu kasihan?

Isu parlimen bising : Dah mereka dibayar untuk semua itu, kenapa perlu kasihan?

Kenapa kita tak boleh kesian dekat ahli parlimen? Mereka dibayar untuk bukan kerja senang. Mereka dibayar untuk mengorbankan masa dengan keluarga, korban masa berkualiti untuk diri sendiri, dibayar untuk berkerja lebih masa, dibayar untuk stress, dibayar untuk dikritik, dibayar untuk menjadi cerdik (most likely not), dibayar untuk banyak membaca, buat kajian polisi dan macam-macam lah.

Mereka ni bukan warga berkerja macam kita masuk office 8.30-5.30. Bukan jenis tak boleh dikacau selepas office hour. Memang kena kerja keras untuk rakyat tak kira waktu.

Prioriti mereka adalah bersidang, kalau bertindih waktu bersidang dengan tarikh daftar anak sekolah; MP kena pergi bersidang. Kalau anak graduate universiti, tiba-tiba kena dengan waktu bersidang; MP kena datang bersidang. Bagi aku, MP ni boleh bagi excuse bersidang kalau kematian ahli keluarga terdekat dan kesihatan diri terjejas untuk hadir je.

Alasan lain, anak msuk sekolah, anak bergraduasi, harijadi bini, ada usrah parti ke tak boleh diterima. MP dibayar untuk meninggalkan urusan peribadi bukan kecemasan untuk bersidang.

Tak kesian ke kalau sampai macam tu? They ask for it. Nak sangat jadi YB, jadi lah YB. Jadi YB ni dapat kuasa, pengaruh dan gaji/elaun besar. Maka berpadanan dengan tanggungjawab dan banyak perkara mereka kena korbankan dalam hidup.

Kita ni bos, mereka tu pekerja kita.

Gaji sahaja sebulan RM16,000.

Sekarang pulak kena bersidang, datang bersidang pun ada elaun berkaitan dan lain-lain elaun(sekadar seliatan);

1. Elaun bersidang RM400 sehari.
2. Elaun keraian RM2,500 sebulan.
3. Bayaran khas RM1,500 sebulan.
4. Elaun hidup harian kalau bertugas rasmi RM100 sehari.
5. Bayaran hotel tidak lebih RM400/semalam jika bertugas rasmi diluar kawasan.
6. Boleh claim belanja pelbagai; telefon/dobi/excess luggages/tol/tempat letak kereta etc.
7. Elaun perjalanan kenderaan (claim)
8. Semasa Parlimen bersidang, Ahli Parlimen layak dibayar
tambang pergi balik ke Negeri masing-masing pada setiap
hujung minggu.
9. Elaun bulanan tetap perjalanan RM1,500 sebulan (tak perlu buat claim, confirm dapat).
10. Elaun bahan api RM1,500 sebulan.
11. Elaun tol RM300 sebulan.
12. Elaun pemandu kereta RM1,500
13. Elaun Telefon pada kadar RM900 sebulan dibayar
tanpa memerlukan sokongan apa-apa resit.

Lepas tu banyak lagi lah, boleh rujuk sini
https://www.parlimen.gov.my/images/webuser/akta/apr%202016/Kertas%20Statut%20235%20Tahun%201983%20(edit%20apr%202016).pdf

Berdasarkan gaji dan elaun diterima, memang mereka ni layak ditekan dan diperah untuk berkerja kuat. Kalau ada MP kata tak boleh bersidang lama-lama, dewan sejuklah, lama sangat duduk atas kerusi lah dan sebagainya. Tak perlu kesian. Mereka dibayar untuk semua benda ni.

Sekiranya ada MP bagi alasan dah berusia, susah nak lincah dan bertenaga macam MP muda, sama je, tak perlu kesian. Masa raih undi mengaku sama hebat macam orang muda. Telanlah nak jadi YB sangat.

Tu tak campur yang jadi timbalan menteri dan menteri lagi. Elaun lain pulak dapat.

Mereka ni bukan dibayar gaji minimum macam awak yang sibuk nak rasa simpati sangat dekat MP. Kononnya kesian kena kecam, keian kena kerja lama, kesian tak ada masa dengan keluarga.

Sibuk sangat bela MP pujaan, mereka pun tak bela awak.

Kesian kat saya tak apa, MP tipu-tipu je.

Hafiz Hafifi Hassan
Ahli Parlimen Pesbuk
Saya sayang semua rakyat.
Anak Melayu, anak Cina, anak India, Kadazan, Iban semua adik beradik saya.