Jaga didakwa bunuh dan bakar penyelia kedai buku miliki 3 rekod jenayah cabul

Pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras yang dipercayai membunuh penyelia kedai buku dalam kejadian Sabtu lalu, dikesan memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes cabul dan ragut.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek telah bekerja di sekolah terbabit sejak dua tahun lalu dan tidak mempunyai hubungan dengan mangsa.

“Siasatan mengesyaki pengawal keselamatan berusia 30-an itu cuba merogol mangsa sebelum mangsa dibunuh. Bagaimanapun, kita tunggu keputusan bedah siasat.

“Suspek yang ditahan dalam kawasan sekolah kini direman hingga Khamis ini,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan mayat seorang wanita yang disyaki dibunuh ditemui dalam keadaan rentung di dalam bengkel kemahiran hidup sekolah menengah di Bandar Tun Razak.

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek yang berusia 30-an kira-kira 6 petang di lokasi kebakaran bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Muhammad Idzam berkata motif sebenar kes itu masih dalam siasatan dan pihak bomba turut menyiasat punca kebakaran.

“Pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras yang dipercayai membunuh penyelia kedai buku dalam kejadian Sabtu lalu, dikesan memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes cabul dan ragut.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek telah bekerja di sekolah terbabit sejak dua tahun lalu dan tidak mempunyai hubungan dengan mangsa.

“Siasatan mengesyaki pengawal keselamatan berusia 30-an itu cuba merogol mangsa sebelum mangsa dibunuh. Bagaimanapun, kita tunggu keputusan bedah siasat.

“Suspek yang ditahan dalam kawasan sekolah kini direman hingga Khamis ini,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan mayat seorang wanita yang disyaki dibunuh ditemui dalam keadaan rentung di dalam bengkel kemahiran hidup sekolah menengah di Bandar Tun Razak.

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek yang berusia 30-an kira-kira 6 petang di lokasi kebakaran bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Muhammad Idzam berkata motif sebenar kes itu masih dalam siasatan dan pihak bomba turut menyiasat punca kebakaran.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas membunuh,” katanya.