JAKIM diletakkan di bawah Majlis Raja Raja Melayu, Menteri Agama berdepan saat menyedihkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini diletakkan bawah kuasa Majlis Raja-raja Melayu susulan pertemuan membabitkan majlis berkenaan dan jabatan itu hari ini.
Sebelum ini, JAKIM itu diletakkan berada bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Perdana Menteri.
Sumber yang rapat dengan jabatan itu mengesahkan keputusan itu ketika dihubungi FMT.
Sumber itu berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai pengerusi Majlis Agama Kebangsaan manakala Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalannya.
Agensi itu ditubuhkan pada 1997 dan ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal Islam di negara ini.