“Jalan sini teruk ya?” – Permaisuri Agong catat sendiri aduan rakyat Sabah mengenai jalan raya di sana

“Jalan sini teruk ya?” – Permaisuri Agong catat sendiri aduan rakyat Sabah mengenai jalan raya di sana

Umum sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini memulakan Program Kembara Kenali Borneo itu membabitkan perjalanan sepanjang 2,149 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam bermula 3 hingga 13 September.

Sepanjang program tersebut berlangsung, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menyantuni beberapa peniaga kecil dan masyarakat setempat sewaktu dalam perjalanan dari bandar Tawau ke Lahad Datu, semalam.

Dan. difahamkan Tawau-Lahad Datu adalah laluan keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua bersama rombongan semasa perjalanan menuju ke Lahad Datu, kemudianya ke Sandakan bagi hari kedua program.

Kehadiran Seri Paduka Baginda berdua bersama anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana disambut meriah oleh rakyat Sabah.

 

@syachilaa

LUCKY US !!!! <3 #kembarakenaliborneo2023

♬ original sound – ˚ ༘ * s – ˚ ༘ * s

Rakyat adu jalan di Sabah teruk

Namun, apa yang paling menarik perhatian ramai adalah sebuah video memaparkan rakyat Sabah sendiri mengadu kepada Permaisuri Agong mengenai keadaan jalan di Sabah.

Aduan tersebut mendapat perhatian Raja Permaisuri dan dilihat menulis sendiri sebaik sahaja mendengar luahan daripada penduduk sebelum bersalaman bersama mereka.

“Jalan teruk. Jap jap, saya tulis. Jalan teruk ya,”ujar Tuanku Azizah sambil mencatat dalam bukunya.
@kakintansukashare

Membalas kepada @ybehsan habis lah kali ni.. ramai pecah rahsia😅#agongdatangsabah #jelajahborneo #hanyadisabah #permaisuriagong #jalandisabah

♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke

Terbaiklah, tuanku!

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata warganet gembira apabila aduan mereka diambil maklum oleh Permaisuri Agong dan berharap agar keadaan jalan raya akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan mengatakan Sabah akan menjadi lebih maju seperti Dubai sekiranya Seri Paduka Baginda tinggal di negeri tersebut.