Janna Nick & Dini Schatzmann selamat bernikah, mas kahwin RM2,703 simbolik tarikh perkenalan

Dah nikah
Menerusi siaran langsung , Dini, 28, kelihatan tenang dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri di Masjid Aisyah.
Dengan hanya sekali lafaz, Janna dan Dini sah menjadi suami isteri.
Aku terima nikah Nurul Jannah Muner dengan mas kahwin RM2,703.
Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019. Selain itu, Dini turut menyerahkan seutas rantai emas kepada Janna.
Sejurus usai majlis akad nikah, pemilik nama Dini Azan Schatzmann kelihatan mengesat air mata tanda kesyukuran.
Dalam pada itu, ahli keluarga kedua belah pihak dilihat sedondon mengenakan busana berona putih.
Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu turut dihadiri oleh rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut.
Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.
Manakala, Dini memberitahu dia bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.
Sedadar info, Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019.