Jatuh lepas kerusi ditarik budak di set, masalah saraf pelakon cilik makin melarat

Jatuh lepas kerusi ditarik budak di set, masalah saraf pelakon cilik makin melarat

 

Keadaan pelakon cilik, Puteri Rafasya yang mengalami kecederaan di lokasi pengambaran sehingga mengalami retak tulang pinggul dikhabarkan semakin teruk.

Alami kebas & air kencing mengalir sendiri

Perkara tersebut dikongsikan oleh penjaganya menerusi muat naik di Instagram pelakon itu. Menerusi kapsyen yang disertakan adik Puteri Rafasya dikatakan telah mengalami kebas di bahagian kaki sehingga hilang rasa untuk membuang air kecil.

 

 

Dia terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menaiki ambulans kerana air kencing mengalir dengan sendirinya tanpa disedari.

Selepas mendapat pemeriksaan dari pakar-pakar, dia telah ditukarkan ke Hospital Tunku Azizah (HTA) pada keesokkan harinya.

 

 

Sebelum ni dah pulang ke rumah

Sebelum ini, ibu kepada pelakon cilik itu memaklumkan yang anaknyas sudah dibenarkan pulang ke rumah dan memerlukan sedikit masa untuk berdiri.

Dia juga masih perlu memakai pampers untuk membuang air dan hanya boleh duduk di atas kerusi roda dalam masa kurang satu jam sahaja.

 

 

Jatuh kerusi ditarik budak

Terdahulu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu dikatakan mengalami kecederaan selepas kerusi yang didudukinya ditarik oleh eorang kanak-kanak yang tidak dikenalii sewaktu sedang berlatih dalam salah satu adegan drama Jaga Aku Selamanya.

Dia telah dibawa ke hospital selepas mengadu sakit selepas 5 hari kejadian menimpa dirinya. Ibunya, Fatin Aliza Salmi dilihat sentiasa berkongsi perkembangan anaknya di media sosial dan berharap orang ramai dapat mendoakan keadaan anaknya agar segera sembuh.