Jebat Jayden akhirnya terbuka rahsia babanya dah ada girlfriend baru

Jebat Jayden akhirnya terbuka rahsia babanya dah ada girlfriend baru

 

Siapa saja yang tak kenal dengan satu-satunya hero untuk pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan juga bek4s isterinya, Noor Nabila.

Jebat Jayden Ahmad yang kini bakal memasuki usia 4 tahun pada September hadapan malah makin famous juga seperti ‘Baba’ dek kerana keletah comelnya.

Manakan tidak, kedua ibu bapanya sering berkongsikan gelagat anak kecil ini menerusi sosial medianya. Malah si cilik ini juga memiliki personaliti yang cukup menenangkan dan kelakar.

Terbaru menerusi laman instagram milik Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden kembali menjadi perhatian apabila tampil ‘membongkarkan’ sesuatu mengenai babanya itu.

Berdasarkan video, Sharnaaz meminta puteranya itu untuk menc1um dirinya dan meminta untuk mengucapkan selamat malam kepada para pengikutnya.

“Goodnight semua, siapa?” kata Jebat Jayden menerusi video.

“Semua la, takde siapa siapa. Asyik tanya siapa je papa takde girldriend, papa ade girlfriend ke?,” balas Sharnaaz.

“Ade,” seloroh Jebat Jayden.