Join ride sampai Kedah, suami Jahidah kantoi guna nama palsu & menyamar polis

Join ride sampai Kedah, suami Jahidah kantoi guna nama palsu & menyamar polis

 

Kisah Jahidah Nordin yang koma akibat keganasan rumah tangga masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Tatkala wanita itu setiap hari berjuang untuk hidup, waris keluarganya bertambah kesal apabila suspek dikatakan seronok menyertai jelajah ride motosikal sehingga ke negeri Kedah beberapa hari lalu.

Kredit Foto : Northern VARIO CLUB – NVC

Jangan salahkan group kami…dia kenalkan diri nama razmi & muka terkini pun dah lain

Selepas dikecam gara-gara menerima penjenayah sertai ahli mereka, wakil group permotoran Northern VARIO CLUB (NVC) tampil menjelaskan hal sebenar.

Ujar Puan Arenis, pihaknya sama sekali tidak tahu menahu individu berkenaan sebenarnya suami Jahidah.

Rata-rata ahli kumpulannya juga tidak cam muka Rosmaini, memandangkan isu jenayah itu sudah berlarutan hampir 2 tahun.

Suspek bahkan turut memperkenal dirinya guna nama samaran, iaitu Razmi.

Dia mengaku polis, dalam seat motor ada jaket khas…acah-acah busy nak tangkap orang itu ini

Tak cukup dengan itu, seorang lagi saksi tampil dedahkan Rosmaini turut menyamar sebagai polis.

Meskipun cuma 2 kali terserempak dengannya ketika ride bersama, lelaki itu dikatakan pura-pura berlakon sibuk call anggota lain.

Dia juga mendakwa, ada jaket khas disimpan dalam seat motosikalnya.

Nama adik juga kau kebas…konon nak tanggung anak bini, tapi 1 sen pun tak pernah bagi Nufail & ibu dia

Tindakan Rosmaini juga dikecam keluarga isterinya , kerana gunakan nama adik lelaki Jahidah untuk memperdaya kumpulan motosikal tersebut.

Meskipun sebelum ini dia rayu untuk dijamin atas alasan menanggung 3 isteri dan 7 anak, tapi Fazariah Nordin maklumkan kakak serta anak buahnya sehingga kini tidak terima walau sesen pun daripada suspek.

@ziahzara15

Replying to @cikraa_05 nufail anak kakak nak manja dengan ibu nya tapi ibu tak dapat buat apa-apa..😌#braindamage #mangsaderasuamidayus #babyajaib #eshannufail #ziahzara #babyjahidah

♬ Huwannur – Ai Khodijah