Jual baju tidur kanak-kanak, Ali Puteh tadah tangan syukur netizen ‘support’ beli

Jual baju tidur kanak-kanak, Ali Puteh tadah tangan syukur netizen ‘support’ beli

 

Umum mengetahui kemelut yang melanda keluarga Ali Puteh dan balu arwah abangnya, Siti NorHidayah berkaitan kes mahkamah yang mendesak Ali Puteh dan keluarga untuk melangsaikan jumlah saman sebanyak RM60,000.

Malah, baru-baru ini, Ali Puteh berasa kesal kerana kerjaya seninya turut terjejas akibat konflik yang melanda ini. Namun dia mengambil inisiatif untuk berniaga demi kelangsungan hidup.

Menerusi laman TikTok Ali dilihat menjual pelbagai pilihan pakaian tidur kanak-kanak. Dia juga turut menjualnya dengan harga RM28 untuk tiga pasang baju.

‘Rambang mata nak beli baju tidur anak!’

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini juga menadah tangan tanda syukur apabila ramai yang membeli jualannya. Antara koleksi pilihan kartun yang dijualnya termasuklah Boboiboy, Ana Muslim, Baby Shark dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 34 tahun itu turut mendoakan pelanggan yang membeli jualannya sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

“Alhamdulillah ada order lagi, ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak.”

Warganet doa yang baik-baik…

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen,  rata-rata netizen melontarkan kata-kata yang positif buat adik kepada Allayarham Abam Bocey ini untuk terus berjuang dan kuat dalam membangunkan perniagaan bagi kelangsungan hidup.

‘Murahnya jual!’

Ada juga yang mengatakan harga tiga pasang baju yang dijual Ali Puteh itu berbaloi.

n.

“Nampak lah usaha nak bayar duit balu abam tu.”

“Benda baik kita support, harap dia berubah ke arah yang lebih baik.”

Terdahulu, Ali Puteh telah disaman Siti Nor Hidayah berhubung kenyataan yanag dibuat pelawak itu yang menggambarkan wanita tersebut adalah seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya menerusi akaun Instgram.

Ali Puteh dan keluarga juga turut memfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti NorHidayah atas dakwaan konspirasi sehingga menjatuhkan maruah, mengaib serta memfitnah mereka sekeluarga.