Kalau bukan kerana hutang Bank Rakyat, berlambak dah guru mohon berhenti awal

Kalau bukan kerana hutang Bank Rakyat, berlambak dah guru mohon berhenti awal

KPM buat satu form untuk meninjau faktor-faktor kenapa guru mohon bersara awal. Dan ada satu screenshot yang berlegar di medsos katanya dari guru yang isi form tersebut.

Haha, kelakar alasan ‘Kalau bukan kerana hutang Bank Rakyat, berlambak dah berhenti’.

Wakaka. Tapi ada benarnya alasan guru tersebut. Anak-anak kita dah jadi macam tikus makmal dah. Try gitu, try gini.

Nak tiru cara negara itu, nak tiru cara negara ini. Masalahnya part silibus, part penilaian ja nak tiru.

Part bilangan murid mereka yang 20 orang sekelas tak nak tiru.

Part guru mereka ada pembantu tak nak tiru.

Part fasiliti dan prasarana mereka yang sangat lengkap dan baik tak nak tiru.

Part kuasa autonomi pada pihak sekolah tak nak tiru.

Part mereka sedia mendengar luahan dan terbuka dengan kritikan membina tak nak tiru.

Kepada rakan-rakan guru, nah. Isi form ni ya. Jujur saja tulis luahan hati. Biar dapatan yang sampai ke atas tu tepat menggambarkan realiti sebenar. Bukan kosmetik.

Link: https://forms.office.com/r/n8AxVN7U0N

#MFS