Kalau isteri tanya ‘nak makan mana’ jangan jawab, bawa je pergi tempat ini

Kalau isteri tanya ‘nak makan mana’ jangan jawab, bawa je pergi tempat ini

 

Lestari Niaga@Kuala Lumpur merupakan inisiatif kerajaan menaiktaraf fasiliti di gerai-gerai peniaga kecil di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mewujudkan suasana yang lebih bersih dan kondusif buat golongan peniaga serta pelanggan.

“Nak makan mana ni bang?”

Itu salah satu soalan “maut” yang sering diajukan oleh para isteri setiap kali keluar bersama suami.

Salah bawa tempat, tentunya si dia tarik muka apabila sebaik sahaja pulang ke rumah.

Jadi, tentunya perkara ini membuatkan para suami pening untuk memilih destinasi yang dituju.

Pemilihan tempat mestilah tepat untuk “me time” apatah lagi masa ketika dewasa sangat berharga tidak seperti awal percintaan kerana dihadkan dengan urusan kerja mahupun anak-anak.

Oleh itu, hari ini min nak kongsikan 5 tempat menarik yang boleh para suami bawa pujaan hati mereka pergi “dating”, Jom!

Sekiranya pasangan suami isteri yang merancang untuk makan angin di ibu kota Kuala Lumpur boleh singgah di Pusat Penjaja MADANI yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman ini.

Kenapa perlu singgah makan di sini? Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke kawasan perkhidmatan awam, pusat membeli belah SOGO, deretan kedai dan tak lupa pasar malam Jalan TAR.

“Hati-hati bila bawa isteri ke sini, takut-takut kejap hilang”

Bazar Jalan Melayu

Buat yang belum tahu, di Jalan Melayu terdapat pelbagai juadah makanan yang dijual di sini, iaitu Bazar Jalan Melayu.

Ia merupakan salah satu lokasi strategik itu buat mereka yang ingin meluangkan masa bersama isteri tercinta.

Ini kerana ia berdekatan dengan “port dating” terbaik di Kuala Lumpur, Pasar Seni atau “Central Market”.

Jadi sesuai sangat untuk membawa pasangan korang makan di bazar ini selain cuci mata di Pasar Seni yang tidak jauh dari situ.

Apatah lagi ia menawarkan pelbagai jenis cenderamata dan kraf tangan tempatan berinspirasikan dari pelbagai kaum dan kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.

Sesuai sangat untuk belikan hadiah untuk orang yang tersayang di sini. Jom datang!

Pusat Penjaja Taman Botani Perdana

Terletak berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad dan Perpustakaan Kuala Lumpur, Pusat Penjaja Taman Botani Perdana perlu dipertimbangkan oleh para suami jika keluar bersama isteri.

Mana tidaknya, selepas makan boleh la bawa isteri yang kaki ”ootd” di salah satu monumen paling penting dalam negara ini.

Nak lagi best tunggu hingga waktu malam, boleh lihat pemandangan River of Life yang menyinari malam hari.

Medan Selera Tanglin

Jika isteri anda seorang yang suka melawat dan melihat haiwan, min cadangkan para suami bawa isteri singgah bersantap di Medan Selera Tanglin yang terletak di Jalan Cenderasari Tasik Perdana.

Tak jauh dari medan selera ini, terdapat Taman Burung, Kuala Lumpur menempatkan lebih daripada 3,000 burung daripada 200 spesies tempatan dan asing. Ia menjadi aviari terbesar di Malaysia dan syurga buat penggemar haiwan.

Nak lagi tenang, pemimpin keluarga boleh la bawa bidadari mereka berjalan-jalan di Taman Tasik Perdana. Barulah romantik!

Pusat Penjaja Taman Maluri

Seterusnya adalah Pusat Penjaja Taman Maluri. Jika isteri anda sukakan suasana bandar tapi sedikit tenang boleh la makan di sini.

Selepas itu boleh la berfikir untuk window shopping dan sebagainya kerana di sana terdapat tiga pusat beli-belah iaitu Sunway Velocity Mall, AEON Mall dan IKEA Cheras.

Kesemua kawasan ini adalah di bawah projek kerajaan MADANI, Lestari Niaga@Kuala Lumpur.

Umumnya, Lestari Niaga@Kuala Lumpur merupakan inisiatif kerajaan MADANI untuk menaiktaraf dan mengindahkan fasiliti gerai-gerai peniaga kecil di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Inisiatif ini adalah untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan peniaga serta penjaja kecil dalam menjana ekonomi negara.

Selain itu, objektif Lestari Niaga@Kuala Lumpur adalah untuk memperkasa prasarana penjaja Wilayah Persekutuan seiring dengan aspirasi MADANI di samping mewujudkan suasana yang lebih bersih dan kondusif buat golongan peniaga serta pelanggan.

Projek ini telah bermula 1 April 2023 dan masih dalam tindakan dengan kos bernilai RM1.5 juta.

Hasilnya, orang ramai termasuk peniaga dapat menikmati kemudahan ini dalam keadaan selesa dan kondusif. Ia sekaligus meningkatkan pendapatan peniaga dan penjaja bertepatan dengan objektif inisiatif ini.

Antara penaiktarafan yang telah dilakukan di bawah inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur adalah penambahan struktur bumbung, kerja mengecat mural dan pengindahan, penyelenggaraan dan pembaikan berkala, papan tanda utama baharu dan lantai baharu.

Lepas ini, kalau abang-abang di luar sana isteri tanya nak makan mana? Bawa sahaja ke medan-medan selera dan pusat penjaja Lestari Niaga@Kuala Lumpur, dijamin selesa dan bersih.

“Confirm bertambah sayang isteri dekat suami lepas bawa pergi ke tempat ni”