“Kalau single, dapat durian free” – Ramai terharu golongan single dihargai

“Kalau single, dapat durian free” – Ramai terharu golongan single dihargai

 

Pelbagai cara peniaga durian mempromosikan raja buah itu, antaranya memberikan durian percuma kepada orang ‘single’.

Tular video di laman TikTok @Echaaaaaaaaaaaa yang menunjukkan satu kedai durian di Seberang Takir, Terengganu memberikan durian percuma kepada mereka yang tidak mempunyai pasangan.

Tertera tulisan yang diletakkan di tengah-tengah longgokan durian, ‘kalau single dapat free’.

“Abang betul ke kalau single dapat free?,” tanya wanita itu sambil disahut ya oleh peniaga durian tersebut.

Rata-rata yang menonton video itu tidak sabar untuk ke gerai durian tersebut dan terharu kerana peniaga berkenaan menghargai golongan ‘single’.

“Pertama kali rasanya ‘single’ dihargai, biasa asyik kena kerja lebih masa ganti orang cuti,” kata 93Alone.

“Kali pertama ‘single’ dihargai. Kat mana ni?,” kata Aisyah Zainudin.

“Baiknya, maybe durian dapat menyembuhkan hati single,” kata useraisyah208

“Yeayy single, kat mana ni nak pergi,” kata Batrishaaa.

@echa_achaa

Korang yang single cepat pegi claim durian free ok !

♬ original sound – Echaaaaaaaaaaaaaa – Echaaaaaaaaaaaaaa