Kanak-kanak tular main badminton akhirnya diraikan, setelah kena palau dengan kawan sebab menang
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki kena palau dengan kawan sebab menang dalam pertandingan badminton.
Dalam hantaran itu, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat meminta pertolongan orang di sekeliling untuk menangkap gambarnya tapi tak dihiraukan.
Sikap tidak endah orang di sekeliling itu telah meraih simpati netizen kerana kemenangan kanak-kanak itu seperti tidak diraikan.
@ohmymedia.cc Kena palau sebab juara😢 #ohmymedia #ommbest #videovirall #viralllllll #juara #badminton
Susulan itu, seorang aktivis kebajikan, Adrian Edy tampil berjumpa dengan kanak-kanak dikenali Nubhan untuk memberikannya sedikit bantuan memandangkan dia daripada golongan B40.
“Sebelum datang jumpa, Edy dah hubungi ayahnya. Nak tahu kehidupan mereka bagaimana. Ibunya kerja kerani, ayahnya pula kerja sendiri.
“Yang membuatkannya sebak, adik Nubhan difahamkan memakai kasut lama yang diberi oleh orang selain daripada meminjam raket kakaknya untuk menyertai pertanding tersebut.
“Dia sangat terharu, siap cakap raket ini mahal, harga ratus-ratus, raket untuk orang pro. Saya bersyukur dapat gembirakan adik Nubhan,”katanya.
Adrian Edy turut memberikan kasut, stoking dan baju baru sebagai tanda semangat dan sokongan buat kanak-kanak berusia 8 tahun itu untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pemain badminton.
“Adik Nubhan kata dia minat Datuk Lee Chong Wei, memang cita-cita dia mahu jadi pemain badminton nanti bila besar. Mahu jadi wakil Malaysia ke sukan Olimpik,”kongsi Adrian Edy.
Perkongsian video itu telah menerima ribuan ucapan terima kasih kepada aktivis kerana membantu kanak-kanak itu di ruangan komen.
Kongsi aktivitis itu lagi, pertandingan itu merupakan kejohanan pertama disertainya dan sekali gus merangkul naib juara meskipun lawannya semua lebih ‘besar’ daripadanya.
Selamat maju jaya adik Nubhan! Moga impian menjadi pemain badminton mewakili Malaysia tercapai suatu hari nanti.