“Kau pondan, tak ada anak” – Che Ta hilang sabar Azwan Ali maki Aaisyah
Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta hilang sabar selepas pengacara sensasi Azwan Ali melampaui batas kerana melibatkan anak perempuannya, Aaishah Dhia Rana baru-baru ini.
Azwan yang menggelar dirinya Diva AA telah membuat satu hantaran di media sosial baru-baru ini dan mengaitkan nama anak Che Ta itu.
Isteri kepada Zain Saidin itu berkata dia tidak tahu mengapa Azwan memuat naik perkara begitu dan dia sudah hilang sabar apabila pengacara tersebut membabitkan Aaisyah pula.
Apa masalah kau? Tiba-tiba. I tak kisah kalau dia nak maki I, asal kau nak maki anak aku macam tu? Dia belum kena buku dengan ruas lagi.
Sebelum ini kes yang membabitkan mereka berdua sebelum ini sudah ditarik semula dan menurut Che Ta ia kerana polis mahu merampas telefon bimbit Azwan.
Jadi, bila tarik balik kes, telefon dia tak kena rampas dan disiasat.
Che Ta juga turut menyelar Azwan mengatakan dia tidak mempunyai anak dan tidak faham perasaan seorang ibu apabila anak dimaki orang lain.
Kau pondan, takde anak. Bukan bapak, bukan mak kau sedap sedap nak cakap anak aku macam itu.