“Keadaan memaksa..” – Robek perut & bakar kekasih hamil, rupanya ramai simpati dan minta jangan salahkan suspek?

“Keadaan memaksa..” – Robek perut & bakar kekasih hamil, rupanya ramai simpati dan minta jangan salahkan suspek?

 

Seperti sedia maklum, kes mengenai lelaki berumur 20 tahun membunuh kekasihnya yang sedang hamil secara kejam, baru-baru ini, telah pun menggemparkan satu Malaysia.

Semalam suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar atas pertuduhan membunuh, namun tiada sebarang pengakuan direkod dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 3 Ogos nanti.

Walaupun hal yang dilakukan suspek terhadap kekasihnya kejam, masih ada segilintir netizen yang bersimpati terhadap lelaki tersebut.

Menurut segelintir netizen yang ‘menyokong’ suspek, segala yang berlaku ini adalah dugaan buatnya dan masyarakat tidak boleh meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap dia.

Bahkan ada yang berasa pilu melihat keadaan suspek sewaktu diheret oleh pihak polis ketika menuju ke Mahkamah Majistret Sungai Besar.

komen netizen

komen netizen

Susulan itu, pihak yang sememangnya mahu melihat suspek dijatuhkan hukuman setimpal atas kelakuannya berasa ‘jijik’ dengan netizen yang support lelaki berkenaan.