Kejam!!! Anu Pakistan dikerat 4 lelaki
Lelaki berusia 32 tahun yang juga warga Pakistan mengalami detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini.
Malaysiakini melaporkan, rakan mangsa yang juga warganegara Pakistan, Rizwan Ahmad membuat laporan polis kelmarin dan menceritakan bagaimana insiden berkenaan terjadi.
Menurutnya, mangsa pada awalnya duduk bersantai berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian pada malam Ahad lalu, sebelum didekati empat lelaki.
Katanya, rakannya itu ditanya beberapa soalan seperti sama ada dia sudah berkahwin, pasangannya dan sama ada mangsa pernah melakukan hubungan seks ketika di Malaysia.
Namun, mangsa menjawab dia sudah berkahwin dengan pasangannya di Pakistan dan tidak melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.
“Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi). Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.
“India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?” katanya.
Rizman berkata, suspek kemudian bertanya kepada mangsa mengapa kemaluan mangsa tidak menegang.
Bagaimanapun mangsa menjawab dia tidak boleh berereksi ketika itu.
Suspek berkata, memandangkan kemaluan mangsa tidak boleh menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dianggap tidak berguna lagi.
Namun mangsa merayu kepada suspek supaya jangan memotong kemaluannya.
“Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong,” katanya.
Malangnya, kemaluan mangsa dipotong sebelum ia dicampakkan.
“Dia (suspek) sudah potong habis… lepas tu dia terus lari,” katanya.
Apabila ditanya mengapa rakannya tidak melarikan diri ketika kejadian, Rizman berkata, rakannya ditahan oleh suspek dengan lengannya dicengkam kiri dan kanan.
Katanya, rakannya pengsan kerana menahan kesakitan sebelum berjaya menghubungi salah seorang daripada rakan mereka yang lain untuk mendapatkan bantuan.
Katanya, telefon bimbit mangsa dicampak di kawasan berdekatan sebelum kejadian. Namun mangsa berjaya mendapatkannya walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat.
Dia juga menghantar lokasi kepada rakannya itu walaupun mengambil masa sekitar setengah jam untuk mencari tempat kejadian.
Apabila ditanya apakah yang terjadi kepada kemaluan yang telah dicampakkan itu, katanya ia masih tidak dijumpai.
“Tak ada jumpa. Kita ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi,” katanya.
Menyifatkan mangsa sebagai seorang yang baik hati, dia turut yakin bahawa mangsa tidak mempunyai sebarang musuh.
Menurut Rizman, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kemudian dipindahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Keluarganya di Pakistan tidak dikhabarkan mengenai kejadian yang menimpanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat ketika dihubungi, mengesahkan laporan itu.
Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.
“Untuk mengesahkan perkara itu berlaku, memang betullah,” katanya. – HM