Kenapa duta timur tengah ke Malaysia utamakan Najib berbanding Hadi???
Semalam Najib menaikkan hantaran di laman FB rasminya @NajibRazak memaklumkan jadual aktivitinya yang sedikit sibuk berbanding hari lain.
Sambil memuat naik program rutinnya turun bertemu rakyat bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk kawasan parlimen Pekan, yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19, tambahan setelah terkurung begitu lama akibat perlaksanaan PKP sehingga menyukarkan mereka keluar mencari rezeki.
Programnya disambung dengan pertemuan istimewa bersama beberapa tetamu kedutaan asing. Pertemuan yang diatur bertempat di Kedutaan Qatar turut melibatkan TYT Thamer Abdalla Mohammad Adwan (Jordan), TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Oman), TYT George Bitar Ghanem (Lebanon), TYT Walid Abu Ali (Palestin), TYT Dr. Moheb Rahman Spinghar (Afghanistan), TYT Roland Galharague (Perancis) dan TYT Amna Baloch (Pakistan), selain Duta Besar Qatar ke Malaysia TYT Fahad Mohammed Kafoud selaku tuan rumah pertemuan malam ini.
Najib turut mengambil kesempatan membincangkan dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa terutama isu-isu melibatkan kepentingan negara di Timur Tengah.
Namun berlaku sedikit kejanggalan dalam pertemuan tersebut apabila tidak kelihatan langsung kelibat Duta Khas PM ke Timur Tengah berstatus menteri, TG DS Hj Abdul Hadi Awang dalam koleksi gambar pertemuan yang dikongsikan Najib.
Timbul persoalan kenapakah Hadi tidak dijemput sama sedangkan dengan statusnya sebagai wakil PM adalah munasabah dia mendahului jemputan tersebut berbanding Najib yang hanya berstatus Ahli Parlimen dan calon banduan.
Rata-rata wargamaya menganggap tindakan tidak mengiktiraf wakil khas PM ke Timur Tengah itu merupakan satu penghinaan yang tidak wajar dilakukan oleh kedutaan asing terhadap wakil PM, terutamanya tuan rumah Duta Besar Qatar ke Malaysia, TYT Fahad Mohammed Kafoud.
Sewajarnya PM bertindak segera memanggil mereka yang terlibat membelakangkan wakilnya di Timur Tengah itu bagi menuntut penjelasan sebelum ianya berlarutan dengan lebih kerap selepas daripada ini.