Kenapa kena minum air dalam kulit lepas makan durian? Pakar ini jelaskannya

Kenapa kena minum air dalam kulit lepas makan durian? Pakar ini jelaskannya

 

Petua ini sering diamalkan orang tua iaitu minum air pangsa selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa tapi jangan sampai makan berbiji pula.

Pakar Antioksidan Dr Suri Roowi menjelaskan sebab mengapa kita perlu minum air pangsa selepas makan durian.

Ini adalah petua dan juga realiti siantifik yang dikongsi Dr Suri dalam satu hantaran di Facebook.

Kenapa perlu minum air pangsa selepas makan durian? Antara petua dan realiti saintifik

Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

Mungkin ada benarnya.

Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.

Kajian yang diterbitkan dalam dua Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin.

No photo description available.

Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.

Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.

Janganlah makan lebih had kemudian persoal kenapa cara ini tidak menjadi pula, hadkan pemakanan anda bukan setakat durian sahaja demi hidup yang sihat.